fbpx

Sempena Bulan Ramadan, Mira Filzah Kongsi Nasi Kerabu Kegemarannya Bersama Secret Recipe

Apa yang lebih menarik, nasi kerabu yang diperkenalkan sebagai menu Ramadan pada kali ini tampil dengan cita rasa moden yang bakal membuatkan pelanggan tak sabar untuk mencubanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bulan Ramadan merupakan salah satu waktu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh kebanyakan umat Islam.

Bukan sahaja ia membawa pelbagai keberkahan kepada umat Islam, bahkan bulan mulia ini sering membuatkan orang ramai mendalami dan berkongsi ilmu agama serta melakukan lebih banyak ibadah.

Namun tak dinafikan juga di bulan Ramadan juga ramai yang mengambil kesempatan untuk berjumpa keluarga atau rakan dan berbuka puasa bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Mungkin ada di antara korang yang sudah merancang namun belum lagi mempunyai keputusan di manakah lokasi perlu dituju bukan?

Secret Recipe perkenal menu Nasi Kerabu sempena bulan Ramadan

Say no more, apa kata korang berkunjung ke restoran terkenal Secret Recipe. Restoran tempatan ini juga baru sahaja melancarkan menu Ramadan yang sering dinantikan oleh orang ramai iaitu Nasi Kerabu.

Dengan populariti siri Nasi Kerabu, tema pada tahun ini sekali lagi menjemput orang ramai untuk menikmati masakan warisan yang lazat menerusi menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah di sepanjang Ramadan ini.

Tampil dengan cita rasa moden

Apa yang lebih menarik, Nasi Kerabu yang diperkenalkan ini turut menampil cita rasa moden. Malah pelanggan boleh memilih Ayam Kunyit atau pilihan Kerabu yang disediakan temasuk Kerabu Udang, Kerabu Sotong atau Kerabu Ayam yang dihidangkan bersama campuran sayur, sos berperisa masa pedas dan kacang tanah yang dicincang.

Bagi hidangan utama, menu sajian baharu ini terdiri daripada Nasi Kerabu Ayam Berempah dengan aroma menyelerakan dan Nasi Kerabu Ikan Saba Kunyit.

Kedua-dua sajian ini dihidangkan dengan nasi biru bunga telang Secret Recipe yang terkenal dan pasti mendorong pelanggan untuk berkunjung lagi.

Turut kembali dengan Ayam Percik yang menjadi permintaan ramai

Di samping itu, satu sajian yang kembali atas permintaan ramai adalah Nasi Kerabu Ayam Percik yang disediakan sebagai hidangan utama.

“Kami berbesar hati memperkenalkan menu Nasi Kerabu tawaran masa terhad, yang diberi sentuhan tersendiri Secret Recipe. Pada bulan Ramadan ini, kami meraikan tradisi, kemuafakatan dan sajian lazat.

“Dengan menyediakan semua hidangan kegemaran Mira Filzah, kami berharap tetamu kami akan menikmati menu sajian lazat ini,” kata Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee.

Menu eksklusif ini meraikan kepelbagaian tradisi kulinari Malaysia dan mencerminkan komitmen Secret Recipe untuk mencipta pengalaman menjamu selera yang berbeza.

Malah ia diperakui lazat oleh duta jenama Secret Recipe sendiri iaitu Mira Filzah di mana ia merupakan sajian kegemarannya pada bulan Ramadan. 

“Nasi Kerabu adalah makanan pilihan saya dalam bulan Ramadan, kerana ia mengingatkan saya tentang detik-detik berbuka puasa bersama keluarga sambil menikmati juadah kegemaran kami.

“Dengan kesibukan kerja kebelakangan ini, saya lebih menghargai saat-saat indah bersama orang tersayang. Bulan Ramadan bukan sahaja tentang sajian lazat, tetapi juga tentang meluangkan masa dengan ahli keluarga, dan saya berharap semua orang akan menikmati hidangan lazat dan menghargai masa bersama keluarga tersayang menerusi menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah di Secret Recipe,” ujar Mira Filzah.

Harga bermula pada RM56.80 untuk set dua orang

Menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah akan dihidangkan dalam bentuk set pilihan untuk seisi keluarga sepanjang bulan Ramadan. Pelanggan boleh memilih antara dua set pilihan: Set untuk dua orang, yang dihidang dengan satu pembuka selera dan dua hidangan utama pada harga RM56.80; atau set untuk tiga orang, yang menawarkan dua pembuka selera dan tiga hidangan utama berharga RM80.80.

Marilah menjamu selera bersama! Menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah boleh dinikmati mulai 1 Mac di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung kecuali AEON Mall Taiping. Jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera dan mengeratkan tali silaturahim bersama orang-orang tersayang pada bulan Ramadan ini. 

Untuk butiran lanjut, klik di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.