fbpx

iPhone 16e: Apple Lancar Siri iPhone 16 Terbaru Yang Lebih Mesra Bajet

iPhone 16e ini menawarkan keseimbangan antara spesifikasi moden dan harga yang lebih berpatutan, menjadikannya pilihan menarik untuk ramai pengguna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat teknologi gergasi dunia, Apple sememangnya popular dan diminati ramai termasuklah rakyat di negara ini.

Lihat sahaja setiap kali ada model baru telefon pintar iPhone keluaran Apple yang keluar, pasti orang ramai teruja untuk memilikinya sehingga ada yang sanggup beratur berbelas jam semata-mata ingin jadi pengguna terawal.

Namun, harga iPhone terutamanya varian Pro dan Pro Max yang agak mahal menyebabkan tidak semua peminatnya mampu membeli.

Apple lancar iPhone 16e, harga lebih mesra bajet

Susulan itu, Apple kini melancarkan pula siri iPhone 16 terbaharu mereka yang lebih mesra bajet iaitu iPhone 16e yang secara rasmi dilancarkan pada pagi tadi (20 Februari).

Model ini menawarkan keseimbangan antara spesifikasi moden dan harga yang lebih berpatutan, menjadikannya pilihan menarik untuk ramai pengguna.

Bagi mereka yang tidak mempunya bajet yang besar tetapi teringin memiliki sebuah iPhone baharu, mungkin model 16e ini sesuai buat anda.

Spesifikasi penuh iPhone 16e yang anda perlu tahu

iPhone 16e ini didatangkan dengan saiz skrin 6.1 inci Super Retina XDR OLED dengan resolusi 2532 x 1170 piksel (460 ppi) yang disertakan dengan teknologi paparan HDR, True Tone dan warna luas (P3).

Bagi cip pemprosesan pula, Apple kali ini mahu pengguna iPhone 16e juga mendapatkan kuasa yang pantas sama seperti iPhone 16 lain iaitu Apple A18 bersama sistem operasi iOS 18 dan Apple Intelligence.

Bagaimanapun, siri iPhone 16e ini hanya disertakan dengan satu sahaja kamera di bahagian belakang, 48 Megapixel (Fusion) dengan penstabilan imej optikal dan 12MP TrueDepth untuk kamera hadapan.

Tidak ketinggalan, peranti mesra bajet ini juga disertakan dengan teknologi terbaharu ‘Action Button’ yang boleh disesuaikan untuk akses pantas ke fungsi tertentu, tiada lagi suis senyap (mute) tradisional.

Bateri bagi iPhone 16e ini pula boleh bertahan sehingga 26 jam untuk tontonan video dengan sistem pengecasan mengguna USB-C 20W serta pengecasan tanpa wayar 7.5W, namun ia tidak menyokong MagSafe.

Pilihan warna

iPhone 16e hanya ditawarkan dalam dua warna klasik sahaja iaitu:

  • Hitam
  • Putih

Warna-warna ini memberikan reka bentuk yang ringkas dan elegan, sesuai untuk pelbagai jenis pengguna.

Harga iPhone 16e di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi iPhone 16e di Malaysia:

  • 128GB – RM2,999
  • 256GB – RM3,499
  • 512GB – RM4,499

Tarikh Jualan di Malaysia:

  • Pra-tempahan: Bermula 21 Februari 2025, jam 9:00 malam
  • Jualan rasmi: Bermula 28 Februari 2025

AppleCare+ juga ditawarkan untuk perlindungan tambahan pada harga RM499.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.