fbpx
Now Reading
“Kita Naik Bas Je” – Tular Helikopter Mendarat Sebelah Stesen Bas Raih Perhatian Ramai [Video]

“Kita Naik Bas Je” – Tular Helikopter Mendarat Sebelah Stesen Bas Raih Perhatian Ramai [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan individu yang menaiki helikopter terbabit diiringi beberapa orang dipercayai mengawal peribadi yang membawanya masuk ke dalam sebuah kereta mewah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pulang ke kampung halaman dengan menaiki kenderaan atau pengangkutan awam seperti keretapi atau bas merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Namun, ada pula segelintir rakyat Malaysia yang lebih memilih untuk menaiki kapal terbang meskipun jarak ke tempat yang ingin ditujui hanyalah sekitar 450KM sahaja, mungkin mereka tidak mahu menempuh perjalanan yang lama apatah ketika lebuh raya sesak.

Namun, ada pula golongan-golongan elit dan kaya yang menuju ke sesuatu destinasi dengan cara menaiki helikopter sama ada sewa atau milik peribadi.

Tular helikopter mendarat sebelah Terminal Bas Kota Bharu

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan sebuah helikopter berada berdekatan Terminal Bas Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rumah_tepisungai_kb, kelihatan helikopter dipercayai jenis Aerospatiale SA 365N3 Dauphin 2 itu melakukan pendaratan di kawasan lapang bersebelahan stesen bas terbabit.

 “Kita balik KB (Kota Bharu) naik bas je, mereka naik helikopter,” tulis di dalam video.

Siap ada pengawal peribadi iring masuk dalam kereta

Dalam video sama, kelihatan individu yang menaiki helikopter terbabit diiringi beberapa lelaki dipercayai mengawal peribadi yang membawanya masuk ke dalam sebuah kereta mewah berwarna putih jenis Lexus LM.

Malah, pengawal peribadi itu juga memayungi individu berkenaan agar tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terik.

Jelas, individu yang tidak diketahui identitinya itu bukanlah seseorang yang biasa, sudah tentu orang sangat penting (VVIP).

Mengikut semakan kami, helikopter dengan nombor pendaftaran sama itu pernah tular sebelum ini selepas individu terbabit menjadi pelanggan di sebuah restoran di Langkawi, Kedah.

Ia menarik perhatian ramai selepas dikongsikan oleh pemilik restoran terbabit bahawa terdapat pelanggannya yang datang dengan menaiki helikopter.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Netizen beri pelbagai reaksi, identiti individu naik helikopter kekal misteri

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pegguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan orang tertanya-tanya siapakah gerangan individu VVIP yang menaiki helikopter terbabit dan apakah urusannya di Kota Bharu.

Tidak kurang juga beberapa netizen yang berseloroh mendakwa helikopter tersebut kepunyaannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.