fbpx
Now Reading
Lari Dari Penguatkuasa Hampir Sejam, Aksi Kejar Mengejar Pilot Darat & JPJ Raih Perhatian [Video]

Lari Dari Penguatkuasa Hampir Sejam, Aksi Kejar Mengejar Pilot Darat & JPJ Raih Perhatian [Video]

Menurut Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, pasukannya telah meminta pemandu lori lima tan itu untuk menghentikan kenderaan sebelum berlakunya kejadian kejar-mengejar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Belakangan ini, ada sahaja sikap pengguna jalan raya yang dilihat boleh membahayakan pengguna lain.

Walaupun telah berulang kali diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan, namun masih ada segelintir yang masih degil dan mengabaikannya.

Lebih teruk, ada juga segelintir pengguna yang dilihat berani melarikan diri dari pihak berkuasa.

Lori Lari Dari JPJ Hingga Bahayakan Pengguna Lain, Siap Langgar Pagar Rumah Orang

Semalam (19 Februari), tular di media sosial video aksi kejar mengejar antara pemandu lori dan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sebuah persimpangan lampu isyarat di Melaka.

Menerusi video tular itu, dapat dilihat lori berkenaan melarikan diri malah bertindak membuat pusingan ketika berada di persimpangan tersebut hingga hampir melanggar sebuah kereta Perodua Viva berwarna biru.

Malah, pemandu lori itu dengan selambanya memandu di lorong bertentangan dan melawan arus hingga hampir bertembung dengan sebuah lori simen sebelum memasuki simpang di bahagian kanan jalan.

Lebih menjadi perhatian, melalui video berasingan, lori berkenaan dilihat merempuh pagar sebuah kediaman dan kereta sebelum pemandunya ditangkap.

Difahamkan, aksi kejar mengejar itu bermula di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) sebelum berakhir di Jalan KJ51, Taman Krubong Jaya.

Insiden Kejar Mengejar Berlaku Hampir Sejam

Menurut Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, pasukannya telah meminta pemandu lori lima tan itu untuk menghentikan kenderaan sebelum berlakunya kejadian tersebut.

Namun, lelaki berusia 27 tahun itu enggan berbuat demikian sebelum berlakunya insiden kejar-mengejar hampir satu jam.

Malah, anggota JPJ terpaksa mengejar lelaki berkenaan sejauh 25 kilometer sehingga ke Taman Krubong Jaya.

“Namun ketika berada di Taman Krubong Jaya pemandu lelaki itu telah bertindak melompat keluar dari kenderaan berat itu.

“Impaknya kenderaan tersebut telah bergerak tanpa kawalan lalu merempuh sebuah rumah penduduk di taman itu,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Insiden Sebabkan Kerosakan Kepada Kenderaan, Tiada Kemalangan Jiwa

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun insiden berkenaan menyebabkan berlakunya kerosakan pada pagar, tembok rumah dan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

“Dengan bantuan penduduk setempat akhirnya lelaki yang memandu dalam keadaan berbahaya itu berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kita juga telah membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal dan hasil semakan mendapati lori berkenaan mempunyai lapan saman lampau yang telah diselesaikan,” ujarnya.

5 Notis Saman Baharu Dikeluarkan Kepada Pemandu Lori

Tambah Muhammad Firdaus, pihaknya juga telah mengeluarkan lima notis saman baharu kepada pemandu lori atas kesalahan tiada Lesen CDL (Lesen Memandu Kompeten) dan GDL (Lesen Memandu Barangan), tidak mematuhi lampu isyarat merah, dan memandu secara cuai.

“Saya tegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kita menasihatkan pemandu agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengelak tindakan berbahaya di jalan raya,” ujarnya.

Ramai Anggap Tindakan Pemandu Lori Bahayakan Pengguna Lain

Tindakan pemandu lori itu sememangnya menjadi perhatian hingga ramai yang mengecam aksi merbahayanya itu.

Majoriti berpendapat tindakannya itu amat merbahaya dan boleh memberi kesan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Tak Dapat Bayangkan Dia Kejar, Lori Tu Langgar Orang Tua Naik Motor Ke, Fikir La Keselamatan Orang”

“Paling Takut Nyawa Orang Tak Bersalah Melayang Sebab Kena Langgar Dengan Lori Ini”

“Kau Nak Lari Mana? Silap-Silap Banyak Kena Cas Kesalahan Tu”

“Serah Diri Lagi Baik, Lari Macam Ada Salah Besar, Nasib Baik JPJ Tak Ada Pistol”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Lori Lawan Arus Hingga Kemalangan Di Linkedua, Rupanya Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Trend Kemalangan Disebabkan Tayar Lori Cetus Kebimbangan

Baca Artikel Berkaitan: Jururawat Maut Terlanggar Lori Berhenti Di Selekoh Lebuh Raya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.