
Lelaki Di Indonesia Bawa Isteri Hamil Naik Motosikal Menuju Mekah Raih Perhatian Ramai [Video]
Dalam video terbabit, kelihatan sebuah bag dipercayai berisi pakaian dan beberapa barangan lain termasuk khemah diikat di bahagian belakang motosikal yang ditunggangi pasangan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Belakangan ini, mengembara ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikah ibadah haji dengan cara berjalan kaki, menaiki basikal atau motosikal umpama sudah menjadi satu trend.
Jika dahulu, amat jarang sekali kita mendengar ada individu yang sanggup berbuat sedemikian, tetapi kini ramai yang melakukannya dan tular di media sosial.
Melakukan pengembaraan itu dengan niat suci adalah sesuatu perkara yang mulia, namun terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum melakukannya agar ia tidak memberi kemudaratan kepada diri di kemudian hari.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bimbang & Titip Doa Lihat 3 Warga Emas Nekad Kayuh Basikal Dari Malaysia Ke Mekah [Video]
Tular pasangan suami isteri naik motosikal dari Indonesia menuju Mekah
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki dari Indonesia membawa isterinya yang sedang mengandung menaiki motosikal menuju ke Mekah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @btchil___, suami isteri itu ditemui oleh dua individu yang menaiki lori di sebuah kawasan jalan sebelum mereka bertindak menahan pasangan terbabit.
Dalam video terbabit, kelihatan sebuah bag dipercayai berisi pakaian dan beberapa barangan lain termasuk khemah diikat di bahagian belakang motosikal itu.
Turut kelihatan kain rentang bersaiz kecil yang tertera tulisan ‘Indonesia to Mekah’ bersama bendera republik itu.
Pasangan berasal dari Jawa, pasport sudah ada untuk rentas negara
Ketika ditanya oleh dua individu terbabit, pasangan berkenaan memaklumkan mereka berdua berasal daripada sebuah daerah di Jawa.
Individu-individu berkenaan turut menghulurkan sedikit wang sumbangan untuk digunakan oleh pasangan terbabit sepanjang perjalanan menuju ke Mekah.
Suami kepada wanita itu juga memaklumkan kepada dua individu berkenaan bahawa pasport mereka telah ada untuk merentas negara.
Ketika ini, tidak dapat dipastikan di mana pasangan itu berada, adakah telah memasuki negara lain atau telah membatalkan rancangan mereka ke Mekah atas sebab-sebab tertentu.
Agak sukar tapi tak mustahil naik motosikal ke mekah
Sekadar info, mengembara ke Tanah Suci dengan menaiki basikal, motosikal, kereta mahupun berjalan kaki bukanlah sesuatu yang mustahil, namun ia sukar kerana perjalanan yang harus ditempoh itu beribu-ribu kilometer dan mengambil masa beberapa bulan untuk sampai.
Pengembara daripada Indonesia yang ingin ke Arab Saudi melalui jalan darat perlulah menyeberangi laut masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan memasuki Thailand dan negara-negara lain.

Netizen luah rasa bimbang, ada yang dakwa mustahil untuk sampai ke Tanah Suci
Dalam pada itu, memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan kebimbangan dengan isteri lelaki itu yang sedang hamil.
Kebanyakan orang juga menyatakan pengembaraan pasangan itu menuju ke Mekah amatlah mustahil memandangkan keadaan motosikal terbabit yang sudah usang dan tidak mungkin mampu berjalan jauh.
Malah, ada netizen yang mendakwa bahawa suami isteri itu hanyalah menipu demi meraih simpati semata-mata.
Apapun andaian orang ramai, kami mendoakan yang terbaik sahaja buat pasangan itu terutamanya bayi di dalam kandungan isterinya.



