
“Macam Ajak Dating!” – Gelagat Wanita Borak ‘Manja’ Dengan Scammer Buat Ramai Terhibur [Video]
Wanita dikenali sebagai Eishlyana itu meminta si scammer untuk menelefonnya semula pada keesokan hari kerana kononnya sedang sangkut dalam trafik sesak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, kes melibatkan penipuan atas talian dilihat semakin berleluasa. Bukan sahaja golongan warga emas, malah ramai juga anak muda yang menjadi mangsa.
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin meluas, ia telah mencetuskan pelbagai idea buat golongan scammer ini tentang cara-cara licik bagi menipu orang ramai.
Ada yang menipu melalui penghantaran parcel, SMS, pautan laman sesawang, penyamaran sebagai individu lain melalui teknologi AI (Artificial Intelligence), skim pelaburan, panggilan palsu dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Rugi Hampir RM1 Juta Gara-gara Kena Scam Dengan Individu Menyamar Polis
Baca Artikel Berkaitan: “Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online
Baca Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Buat Laporan Polis Lepas Scammer Salah Guna Foto Untuk Skim Pelaburan Palsu
Wanita Berbual Dengan Penuh Sopan & Lembut Dengan Scammer
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@_sylna) menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Eishlyana yang menerima satu panggilan palsu.
Kebiasaannya, setiap individu akan malas melayan panggilan daripada nombor tidak dikenali kerana mahu mengelakkan diri daripada ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ada juga masa di mana pihak yang menghubungi hanya mendiamkan diri selepas panggilan diangkat. Kalau anda sedang sibuk bekerja pada ketika itu, memang boleh mencetuskan kemarahan. Senang cerita, tak ada mood.
Namun lain pula situasinya untuk Eishlyana apabila dia sangat sabar melayan segala yang diperkatakan oleh scammer.
“Sebab saya tengah bawa kereta. Telefon esok boleh? Saya tak boleh nak fokus. Dah la tengah jammed (sesak) ni,” ujar wanita itu.
Scammer Minta Wanita Hati-hati Memandu
Lebih mencuit hati apabila lelaki tersebut juga dilihat melayan setiap yang dibualkan oleh Eishlyana. Sesetengah orang akan sekat (block) nombor-nombor yang mencurigakan. Tetapi lain untuk Eishlyana apabila dia meminta si penipu untuk menghubunginya pada keesokan hari.
“Esok pulak. Kalau esok jam berapa tu? Maaf mengganggu puan, hati-hati dekat jalan tu” kata scammer tersebut.
@_sylna ♬ original sound – Eishlyana
Tonton video [DI SINI].
Ramai Berdekah Tengok Telatah Eishlyana Yang Bersikap Manja Dengan Scammer
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terlibur melihat situasi yang lain daripada lain itu.
“Abang tu mesti dalam hati, ‘Aduh aku nak tipu ke tak, manja sangat ni’,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga cuit hati dengan gelagat Eishlyana yang ‘menjadualkan semula’ scam pada hari berikutnya.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat bahawa aksi sebegini mungkin sesuai buat golongan individu yang sudah lama single bagi menghilangkan rasa bosan.










Apa Perlu Anda Lakukan Jika Terima Panggilan Palsu?
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk kita mengurangkan kes sebegini daripada terus berleluasa.
Menurut Kementerian Komunikasi, anda boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi melaporkan aktiviti scam melalui panggilan palsu.
Hanya hubungi di talian 997 dalam masa 24 jam sekiranya disyaki terdapat unsur-unsur penipuan.
Tips Elak Kena Tipu Dengan Scammer
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini pernah memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ekoran kes scam yang semakin meningkat pada masa kini.
Bagi mengelakkan anda daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah penipuan ini, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan. Antaranya:

- Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan terutamanya link pendek seperti bit.ly.
- Jangan hantar maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali seperti kad pengenalan dan kata laluan akaun bank.
- Elak kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
- Muat naik aplikasi True Caller untuk mengesan nombor scammer.
Hati-hati semua!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nyaris Kena Scam Hampir RM10K, Wanita Ini Kongsi Kisah & Pengajaran Buat Orang Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tekan Link Tu” – Neelofa Dedah Scammer Guna Artikel Palsu Tentangnya Untuk Curi Duit Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: Whoscall Kerjasama Dengan PDRM Banteras Scammer