
“Orang Pertama Wish Birthday”- Lelaki Sebak Dicium Ayah Sewaktu Hari Jadinya Yang Ke-50 Tahun [Video]
Menerusi video tersebut, si bapa juga sebak kerana tidak sangka boleh meraikan hari jadi anaknya yang kini sudah mencecah usia 50 tahun bersama-sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ulang tahun kelahiran merupakan perkara yang penting buat segelintir individu.
Untuk meraikannya ada yang merasakan ia tidak perlu untuk membuat majlis, kejutan tetapi cukup sekadar ucapan tanda mengingati diri mereka.
Malah ucapan daripada individu penting seperti ibu bapa dan ahli keluarga merupakan perkara yang akan sentiasa diingati sehingga akhir hayat.
Lelaki sedih bapa kucup dahi dan beri ucapan hari jadi
Baru-baru ini, seorang lelaki turut berkongsi rasa sebak apabila bapanya menjadi indvidu pertama memberikan ucapan hari jadi untuknya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Azwan Izhar di TikTok, awalnya kelihatan dia dan bapanya baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Namun apa yang membuatkan Azwan mula berasa sebak apabila sewaktu bersalaman, kelihatan bapa yang sudah lanjut usia itu mengucupnya dan lantas mereka berpelukan untuk beberapa ketika.
Bapa sebak tak sangka boleh lihat anak membesar sehingga usia 50 tahun
Menurut Azwan, bapanya juga sebak kerana tidak sangka masih dapat melihat anak lelakinya yang sudah menginjak ke usia 50 tahun.
“Sebak dada lepas solat Subuh, abah peluk dan cium aku sempena hari jadi aku yang ke-50.
“Orang pertama wish birthday aku yang ke-50, 19 Februari adalah abah. Sebak abah bila dapat tengok anak jantan dia cecah umur 50.
“Abah sebak sebab lepas arwah mak meninggal, aku sanggup pindah rumah bawa anak isteri duduk jaga abah,” tulisnya dalam video tersebut.
Azwan juga meminta orang ramai untuk mendoakannya agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga bapanya.
Ramai yang sebak dan teringat bapa
Perkongsian Azwan itu turut membuatkan orang ramai yang menonton video tersebut berasa sebak.
Malah ada menyifatkan perkara itu membuatkan mereka terkenangkan bapa yang sudah tiada. Ada juga menyifatkan meskipun sudah berusia namun sentuhan ibu bapa masih diperlukan.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka sanggup berpindah untuk tinggal di kampung bagi menjaga ibu bapa yang sudah tua.
Ada juga menyifatkan Azwan bertuah kerana di usia 50 tahun dia masih lagi mempunyai seorang bapa.
“Abang insan bertuah bang. Umur dah 50 masih dapat berjemaah dengan abah..”

“Rezeki awak dapat hidup lama dengan orang tua..”

“Hebatnya pengorbanan anak soleh. Saya belum tentu boleh buat macam ni. Abang inspirasi kami semua. Semoga masuk syurga tertinggi nanti”
