
Tindakan Individu Letak Bayi Dalam Bonet Kereta Undang Kritikan Ramai [Video]
Menerusi video dikongsikan, kelihatan si kecil yang sedang tidur lena diletakkan di dalam bonet kereta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu yang berada di jalan raya sememangnya tahu mereka perlu mempraktikan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sebagai contoh setiap pemandu dan penumpang perlu memakai tali pinggang keselamatan, memandu pada had kelajuan yang ditetapkan dan banyak lagi.
Manakala bagi mereka yang membawa anak kecil dan juga bayi wajib untuk menggunakan tempat duduk khas iaitu ‘car seat’ dan ia perlu dipasang dengan betul.
Sekiranya berlaku kemalangan, tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak tersebut dapat mengurangkan risiko kecederaan terhadap mereka.
Lelaki letak anak dalam bonet kereta
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki meletakkan anaknya di dalam ruang bonet kereta sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan MyWatch di X, awalnya kelihatan lelaki berkenaan membuka bonet sebuah kereta Proton Iriz berwarna hijau sewaktu berada di halaman rumah.
Perakam kemudian menghampiri bonet kereta dan kelihatan seorang bayi kecil yang berada dalam car seat sedang tidur lena.
Tidak lama kemudian kedengaran suara wanita dipercayai neneknya menzahirkan rasa kasihan kerana si kecil itu diletakkan di dalam bonet kereta.
Ramai kritik tindakan letak anak dalam bonet kereta
Melihat di ruangan balas, ramai mengkritik tindakan individu berkenaan dan menyifatkan ia adalah perkara yang bahaya sekiranya berlaku kemalangan seperti pelanggaran dari arah belakang.
Bukan hanya itu, ada yang berpendapat ia boleh menyebabkan bayi lemas memandangkan ruang yang sempit serta suhu lebih panas di bahagian bonet.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dirakam kerana hanya akan mengundang kecaman.
Ada juga yang berkata bahawa haiwan seperti kucing juga tidak diletakkan di bahagian bonet, inikan pula bayi.
Terdapat juga segelintir daripada pengguna X meminta pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan.
“Kalau tak kena hentam (bonet belakang) pun risiko tertinggal bayi. Ya, Tuhanku berilah rakyat Malaysia hidayah supaya tak posting benda-benda b*d*h…”

“Macam mana boleh terfikir nak letak bonet eh? Aku anak duduk car seat belakang pun pasangankan kipas mini dekat dia..”

“Kenapa lah b*d*h betul letak baby situ. Kalau eksiden kena hentam belakang, anak tu berisiko.”

“Ni kalau jadi apa-apa boleh kira macam kecuaian atau pengabaian tak?”
