fbpx
Now Reading
Tunggang Motosikal & Terjatuh Dalam Longkang, Wanita Sempat Rakam Dulu Sambil Tunggu Orang Tolong [Video]

Tunggang Motosikal & Terjatuh Dalam Longkang, Wanita Sempat Rakam Dulu Sambil Tunggu Orang Tolong [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan wanita itu berada di dalam longkang bersama dengan motosikal yang ditunggangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Mana-mana individu yang berdepan dengan situasi kecemasan seperti kemalangan dan sebagainya pasti akan memberikan reaksi sama ada menangis atau meminta pertolongan.

Malah ada juga yang bertindak meminta pertolongan dengan menjerit, menghubungi pihak berkuasa dan sebagainya.

Tindakan spontan ini merupakan mesej yang disampaikan oleh otak apabila berada dalam situasi mencemaskan.

Wanita sempat rakam dulu diri lepas kemalangan jatuh longkang daripada minta tolong

Namun berbeza dengan seorang wanita dipercayai dari Indonesia ini apabila dia dilihat sempat merakam diri sendiri sebaik mengalami kemalangan.

Menerusi video dikongsikan oleh Rinda Dwi Rista di TikTok, awalnya kelihatan dia merakam dirinya yang terbaring di dalam longkang.

Malah dalam video itu, wanita berkenaan turut memaklumkan dia terjatuh ke dalam longkang sewaktu menunggang motosikal.

Motosikal turut jatuh dalam longkang

Turut kelihatan motosikal yang ditunggangnya jatuh menjunam ke dalam longkang bersama bagasi yang dipercayai dibawa oleh wanita berkenaan.

Bukan hanya itu, jelas wanita terbabit seperti cuba menahan motosikal yang terjatuh menggunakan kaki agar tidak menimpa dirinya.

Dipercayai alami kecederaan ringan di bahagian kaki

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan, kelihatan wanita berkenaan seperti mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki apabila ia dibalut seperti terseliuh.

Malah dia juga ada berkongsi video menunjukkan dirinya yang berada di sebuah pusat perubatan sedang membuat imbasan selepas ada yang mengatakan video jatuh di dalam longkang hanya konten semata-mata.

@rinda.dr

santuy dulu lah yaa diselokan, sambil nunggu terang + ada yang nolongin 😂 #gym #gymtok #gymrat #gymgirl #kecelakaan #njungkel #fyp

♬ suara asli – Rinda Dwi Rista – Rinda Dwi Rista
@rinda.dr

Membalas @TOFAN hanya konten, tapi sampe RS ya mas 😅

♬ suara asli – Rinda Dwi Rista – Rinda Dwi Rista

Ada yang terhibur dan minta wanita berehat dalam longkang

Melihat di ruangan komen, ada juga yang mengkritik tindakan wanita itu kerana merakam terlebih dahulu situasinya daripada menghubungi pihak bertanggungjawab untuk meminta bantuan.

Ada juga yang berpendapat mungkin wanita itu hanya terbaring kerana keadaan motosikal yang menyukarkannya untuk bangun dan keluar dari longkang berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan meminta wanita itu berehat terlebih dahulu di dalam longkang berkenaan sementara menunggu orang di sekitar bangun tidur.

@rinda.dr

Membalas @i meys_ nunggu sembuh Dulu ya le

♬ suara asli – Rinda Dwi Rista – Rinda Dwi Rista

“Pertolongan pertama, ambil telefon rakam situasinya”

“Gen Z sangat tidak serius”

“Rakam dulu baru bangun”

“Berehat saja dahulu, orang-orang juga masih tidur”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.