fbpx
Now Reading
Gelagat Pakcik Kena Prank Masa Ambil Order Dari Lelaki Cakap Sepanyol Buat Ramai Ketawa [Video]

Gelagat Pakcik Kena Prank Masa Ambil Order Dari Lelaki Cakap Sepanyol Buat Ramai Ketawa [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mamat Spain, kelihatan awalnya dia bercakap bahasa Sepanyol untuk melihat gelagat pakcik yang mengambil pesanannya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tak dinafikan mahir dalam beberapa bahasa asing seperti Jepun, Arab, dan sebagainya merupakan satu kelebihan buat seseorang.

Ia bukan sahaja memudahkan seseorang untuk berkomunikasi apabila bertemu dengan individu dari negara berkenaan tetapi ia juga menambah peluang untuk bekerja di luar negara.

Antara peluang yang menanti mereka yang mahir berkomunikasi bahasa asing ini seperti pekerjaan, perniagaan dan banyak lagi.

Gelagat Pakcik kena prank dengan lelaki cakap Sepanyol raih perhatian

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mamat Spain telah menarik perhatian ramai apabila dia cuba ‘mengenakan’ seorang pakcik di sebuah restoran di Pulau Pinang dengan bercakap bahasa Sepanyol.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan pakcik yang mengambil pesanan sedang menjelaskan menu yang ada di restoran berkenaan kepada Mamat Spain.

Cara jelaskan mengenai menu juga kelakar sehingga pelanggan terhibur

Malah cara dia memberitahu Mamat Spain mengenai menu itu juga kelihatan lucu dan membuatkan mereka berdua ketawa.

Mamat bagaimanapun meneruskan untuk melakukan prank kepada pakcik berkenaan dengan bercakap Sepanyol serta bertanya mengenai menu yang lain.

“Chicken sesame? Hmm bijan, bijan,” kata pakcik itu kepada Mamat sambil menggaru kepala sewaktu menjawabnya.

Siap tunjuk simbol tangan untuk menunjukkan makanan tersebut sedap

Apa yang lebih mengelikan hati apabila dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan secara terperinci mengenai menu di restoran tersebut dia hanya menunjukkan simbol tangan menandakan ia sangat enak.

“Bueno?” soal Mamat Spain

“Ya ‘kinder bueno,’ katanya.

Mamat kemudian mengatakan kinder bueno itu adalah coklat dalam bahasa Sepanyol dan mereka lalu ketawa apabila melihat respon pakcik berkenaan.

Pakcik itu juga turut berseloroh apabila Mamat bertanya mengenai adakah salah satu dari menu tersebut dipanggang terlebih dahulu dan panggang dalam bahasa Sepanyol adalah ‘plancha’.

Namun pakcik itu mendengar ia seperti perkataan ‘lancar’.

“Tak, tak. Kadang-kadang depa (mereka) naik motor tak lancar. Tak lancar, bueno (sambil menunjuk simbol ibu jari).”

Terhibur selepas tahu lelaki cakap Sepanyol tahu cakap Melayu

Selepas beberapa ketika berbual dan bergurau dengan pakcik tersebut, Mamat Spain kemudian bercakap menggunakan Bahasa Melayu dan membuatkan pakcik itu terkejut.

Malah dia hanya ketawa apabila menyedari telah ‘terkena’ dengan Mamat Spain.

“Aik ni boleh cakap Melayu,” katanya sambil ketawa.

Video perkongsian Mamat buat ramai ketawa

Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut rasa terhibur melihat gelagat pakcik dan juga Mamat Spain.

Malah ada yang mengatakan pakcik berkenaan kelakar sewaktu cuba menjelaskan mengenai menu di kedai berkenaan.

“Pakcik yang ambil order ni pun kelakar, terbaik pakcik”

“Order makan sampai keluar moto basikal dalam menu”

“Hahahahha pakcik tu punya berusaha nak explain sekali kena prank”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.