fbpx
Now Reading
Ibu Terharu 2 Pelajar Cilik Siap Pimpin Tangan Anak OKU Untuk Ke Kantin [Video]

Ibu Terharu 2 Pelajar Cilik Siap Pimpin Tangan Anak OKU Untuk Ke Kantin [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan dua pelajar berkenaan memimpin tangan Dhia untuk membawanya ke kantin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap yang bergelar ibu bapa pastinya ingin yang terbaik untuk anak kesayangan mereka.

Malah di musim persekolahan yang baharu sahaja bermula ini tak dinafikan kita dapat melihat banyak wajah ibu bapa gembira melihat anak-anak mereka sudah melangkah ke satu lagi fasa untuk membesar.

Tidak kurang juga yang bimbang kerana takut anak tidak dapat membiasakan diri untuk berdikari di sekolah.

Ibu terharu dua pelajar bantu pimpin tangan anak ke kantin

Perkara sama turut dirasakan oleh seorang ibu ini apabila melihat anak perempuannya yang juga dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) masuk ke tahun satu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ella di TikTok, kelihatan dia menunjukkan gelagat anaknya dikenali sebagai Dhia bersama rakan sewaktu ingin menuju ke kantin apabila tiba waktu rehat.

Dalam video itu kelihatan anak perempuan Ella dipercayai mengalami kecacatan di bahagian kaki dan membuatkan dia sukar untuk bergerak seperti individu biasa.

Namun apa yang membuatkan si ibu berasa terharu apabila terdapat dua orang kanak-kanak memimpin tangan Dhia dan bersama-sama menuju ke kantin.

Malah seorang rakan anaknya itu, dilihat sanggup meredah air lecak demi membantu rakan yang memerlukan.

“Terima kasih tolong kakak, sampai basah kasut kawan pijak air sebab nak hantar kakak pergi makan dekat kantin.

“Terima kasih juga dekat cikgu yang pantau Dhia di sekolah,” kata Ella menzahirkan rasa terharunya dalam video tersebut.

Sebaik sahaja sampai di kantin kelihatan rakan-rakan lain turut menyambut Dhia bersama dua orang rakannya.

@dielaella1

terima kasih tolong kakak..sampai basah kasut kawan pijakk air sebab nk hantar kakak pegi mkn kat kantin🥲trima kasih jgakk kat cikgu y pantau dhia kat sekolah❤️ #darjah1 #kakakhebat

♬ Anugerah Terindah – Andmesh

Ramai puji tindakan dua pelajar bantu rakan OKU

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan dua orang pelajar yang membantu Dhia.

Malah ada yang memuji ibu bapa mereka telah memberikan didikan yang betul kepada dua kanak-kanak cilik itu.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Dhia begitu beruntung kerana mempunyai rakan yang baik di sekelilingnya.

“Parents budak berdua yang pimpin tangan anak syurga ni kena bangga. Anak korang kecil-kecik dah hebat”

“Ibu bapa mereka membesarkan mereka dengan baik, Allahu akbar semoga bersahabat hingga syurga.”

“MashaAllah, tahniah kepada kedua ibu bapa dua adik tu dah berjaya mendidik anak-anak ada sikap tolong menolong dan belas ihsan…”

“Tahniah kepada ibu bapa yang telah mendidik anak-anak supaya tidak pandang rendah bila ada keadaan macam ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.