fbpx
Now Reading
“Kenapa Dibuat Macam Tu?” – 2 Kucing Diikat Rantai Besi Undang Pelbagai Reaksi [Video]

“Kenapa Dibuat Macam Tu?” – 2 Kucing Diikat Rantai Besi Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Selang beberapa jam selepas video tersebut tular, dua ekor kucing yang dirantai terbabit telah dilepaskan selepas ada individu yang bertemu dengan pemiliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kucing merupakan antara haiwan yang diminati ramai dan sering menjadi pilihan kebanyakan orang termasuk rakyat di Malaysia untuk dipelihara.

Malah, kucing juga kerap mendapat perhatian kebanyakan orang kerana telatah si bulus ini yang selalunya mencuit hati.

Bukan hanya itu, rata-rata rakyat di negara ini juga amatlah prihatin terhadap kucing, tidak kira yang ada dijalanan mahupun dibela di rumah.

Tular dua kucing diikat dengan rantai besi

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita mendedahkan tentang nasib dua ekor kucing yang diikat dengan rantai besi di sebuah rumah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@pendosa…com), kelihatan kucing yang diikat itu diletakkan di bahagian hadapan rumah yang berpagar.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kediaman yang terletak di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Kucing seakan sedang lapar dan dahaga

Dalam video tersebut, kelihatan juga seperti kucing-kucing yang dirantai itu sedang kehausan dan kelaparan.

Ini kerana si bulus terbabit terus memakan makanan makanan kucing yang diletakan di dalam sebuah bekas yang dihulur melalui celahan pagar.

Bagimanapun, haiwan-haiwan berkenaan tidaklah kelihatan begitu kurus berkemungkinan ia masih diberi makan dan minum oleh tuannya.

Kucing dilepaskan daripada rantai besi selepas video tular

Selang beberapa jam selepas video dua ekor kucing itu dirantai tular, wanita terbabit memaklumkan bahawa haiwan-haiwan berkenaan sudah dilepaskan.

Menerusi satu lagi hantaran berasingan, wanita itu berkata, terdapat individu yang tinggal di sekitar kawasan perumahan terbabit yang telah berjumpa pemilik kucing-kucing tersebut.

Menurutnya, individu yang bertemu dengan tuan rumah berkenaan telah menjelaskan tentang penjagaan haiwan yang betul dan sebagainya.

Dia turut berterima kasih kepada pengguna-pengguna media sosial yang prihati dan berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Foto: TikTok/geraklupaperoger

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang kecam dan sebaliknya

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Ada segelintir netizen yang mengecam tindakan pemilik kucing terbabit yang sanggup merantai haiwan peliharaannya dengan rantai besi.

Namun, ada juga sebahagian orang yang berpendapat bahawa tindakan itu bukanlah untuk menyiksa haiwan, sebaliknya mempunyai sebab-sebab tertentu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.