
Ramai Teruja Pengantin Berbangsa Cina Buat Majlis Perkahwinan Tema Adat Melayu [Video]
Pengantin lelaki nampak segak siap dengan tengkolok dan keris manakala pengantin perempuan pula berbaju kebaya songket dihiasi dengan aksesori.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara unik dan aman yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Namun, perbezaan ini langsung tidak menghalang seseorang untuk mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing.
Setiap budaya pula mempunyai keunikan tersendiri hingga kadangkala ada yang memilih adat masyarakat lain dalam majlis istimewa asalkan tidak melanggar kepercayaan dan tradisi asal.
Pengantin Cina Buat Majlis Kahwin Berkonsepkan Adat Melayu
Baru-baru ini, tular di media sosial pasangan pengantin berbangsa Cina memilih adat Melayu di majlis perkahwinan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @edanoredahbasar, dapat dilihat pengantin berkenaan menggayakan baju songket berwarna krim.
Pengantin lelaki nampak segak siap dengan tengkolok dan keris manakala pengantin perempuan pula berbaju kebaya dihiasi dengan aksesori.
Kedua-duanya dilihat berjalan dan tersenyum kepada jemputan yang hadir sambil diiringi ahli keluarga serta paluan kompang.
Ibu bapa & Ahli Keluarga Turut Berpakaian Tradisi Melayu
Lebih menarik, ibu bapa dan ahli keluarga pengantin berkenaan turut mengenakan pakaian tradisi masyarakat Melayu.
Melalui perkongsian berasingan, dapat dilihat bapa pengantin kacak menggayakan baju Melayu Teluk Belanga berwarna hitam manakala si ibu pula cantik berbaju kebaya warna coklat.
Malah, ahli keluarga lain yang terdiri daripada lelaki turut berbaju Melayu warna hitam manakala yang perempuan pula berbaju kebaya.
@edanoredahbasar selamat pengantin baru Mr Tee Dee Yang dan Isteri. Sweet moments. Tahniah Chinese kawin ikut istiadat melayu. The Director Prosper Group Of Companies
♬ original sound – ayam gunting bahau N9 – ayam gunting bahau N9
Rai Majlis Perkahwinan Bersama Staf Yang Majoriti Berbangsa Melayu
Difahamkan, pasangan pengantin berbangsa Cina itu merupakan anak kepada Pengarah Eksekutif Prosper Group of Companies, Encik Tee Lip Hian.
Menariknya, majlis perkahwinan bertemakan tradisional itu dibuat sempena meraikan perkahwinan pasangan tersebut dengan staf yang majoritinya berbangsa Melayu.
Suasana majlis turut dikongsikan oleh butik pengantin yang diupah oleh mereka di TikTok @ashawedding.
@ashawedding terima kasih,pasangan chinese mr tee de yang dan miss jie Lin memilih adat melayu di hari persandingan.ini bg meraikan pekerjanya yg kebanyakkan berbangsa melayu😍 #chineselook
♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official
@ashawedding Membalas kepada @Aya_oct family ni adlh ceo ladang prosper group..yg mana majority staff adalah melayu. (maaf klau ade yg salah)
♬ Selamat Pengantin Baru (Alhamdulillah) (Instrumental) – Instrumental
Ramai Puji Pengantin Bangsa Cina Pilih Adat Melayu Jadi Tema Majlis Perkahwinan
Video yang telah mendapat lebih ratusan ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan pilihan pasangan pengantin itu walaupun berbeza budaya dan agama.
Malah, gaya mereka juga dianggap unik dan sepadan memandangkan jarang untuk menemui orang bukan Melayu berpakaian sedemikian.
Tidak hanya itu, ada juga yang memuji keluarga mereka kerana meraikan hari bahagia bersama staf.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Cantik & Handsome, Sopan & Manis Bila Pakai Macam Ini, Selamat pengantin Baru Si Cantik & Si Kacak”

“Cantik Variasi Pakaian Tradisional Kedua Mempelai & Family, Ini Malaysia”

“Cantik Pasangan Ini, Selamat Pengantin Baru Buat Semuanya”

“Bangga Tengok Bangsa Lain Ketengahkan Adat Melayu, Love Sangat”

“Bangga Sangat, Kita Rakyat Malaysia, Berbilang Bangsa, Terima Kasih Menyantuni Adat Melayu”

Baca Artikel Berkaitan: “Wow Memang Kita Keluarga Malaysia”- Ramai Teruja Lihat Majlis Kahwin Bangsa Cina Ikut Adat Melayu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Lihat Perkahwinan Campur, Siap Pakai Baju Tradisional Kaum Masing-Masing [Video]