fbpx
Now Reading
“Hari Yang Adam Paling Tunggu”- Guru Bawa Pelajar OKU Merentas Desa Guna Kerusi Roda Buat Ibu Sebak [Video]

“Hari Yang Adam Paling Tunggu”- Guru Bawa Pelajar OKU Merentas Desa Guna Kerusi Roda Buat Ibu Sebak [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wajah pelajar OKU berkenaan begitu gembira dan tersenyum sewaktu menyertai pertandingan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang bergelar ibu bapa dan memiliki cahaya mata pasti ingin melihat anak mereka hidup bahagia dan melakukan segala aktiviti yang diinginkan.

Apatah lagi jika ibu bapa itu mempunyai anak dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Meskipun tahu anak syurga mereka mempunyai kekurangan namun ibu bapa sentiasa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Ini kerana mereka juga berhak untuk merasakan kebahagian dan menjalani kehidupan sama seperti orang lain.

Ibu sebak lihat cikgu sudi tolakkan kerusi roda agar anak dapat sertai acara larian

Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi dia sebak apabila melihat anak lelakinya yang juga OKU dapat melakukan aktiviti yang dinantikan bersama rakan dan guru di sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Adeela Shakila di TikTok, awalnya ramai pelajar sekolah yang sedang berlari di bahu jalan dipercayai sedang melakukan aktiviti merentas desa.

Tidak lama kemudian kelihatan seorang guru lelaki yang sedang berlari sambil menolak kerusi roda yang dinaiki oleh seorang pelajar lelaki bernama Adam.

Larian itu turut dirakam oleh Adeela, malah ketika guru tersebut berlari di hadapan ibu pelajar berkenaan kelihatan dia melambaikan tangan sambil menolak Adam.

Wajah begitu gembira dapat sertai larian dengan kawan-kawan

Apa yang lebih menarik perhatian adalah riak wajah Adam yang begitu gembira dan tersenyum ketika memandang ibunya.

Menurut Adeela aktiviti itu merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh anaknya, malah itu merupakan pengalaman pertamanya dapat berlari bersama rakan-rakan lain.

“Hari yang paling Adam tunggu-tunggu. Pengalaman pertama Adam, dia seronok sangat. Masa dia lalu ibu tak boleh nak sorak dah dekat dia.

“Sebak sangat-sangat, terharu. Dia tak pernah sertai mana-mana sukan. Hanya mampu tengok kawan-kawan,” ujar Adeela.

Adeela turut mengucapkan terima kasih kepada cikgu Fairus atas pengorbanannya kerana memberi peluang serta sudi untuk menolak Adam untuk menyertai aktiviti tersebut.

@adeelashakila

Hari yg paling Adam tunggu2. Pngalaman ptama Adam. Dia sronok sgt. Msa dia lalu ibu xleh nk sorak dh kt dia. Sebak sgt2 😭 terharu. Dia xpnah join mana2 sukan. Hnya mmpu tgk kwn2. Terima Kasih cg Fairus ats pngorbanan cg bgi peluang dan sudi tolak Adam. Hnya Allah mampu balas jasa cg 🤲🏻 #fypシ #ppki #cerebralpalsy #merentasdesa #padangterap

♬ UAK – amir_mior

Ramai doakan guru lepas lihat sanggup tolak kerusi roda Adam

Menjengah ke ruangan komen ramai yang mendoakan guru tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Tidak kurang juga ada menyifatkan guru pendidikan khas sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap anak murid serta mempunyai kesabaran yang tinggi.

Malah ada yang menyifatkan mereka juga rasa terharu melihat video tersebut apabila guru berusaha agar si kecil itu dapat merasai pengalaman menyertai larian itu bersama rakan-rakan.

“Alaaa, sedih lah macam ni. Sihat sentiasa cikgu, sentiasa ceria ya Adam. Ramai yang sayang awak.”

“Ya Allah cikgu dia ke. Mula-mula ingat ayah dia. Baiknya cikgu tu, semoga syurga buat cikgu ni. Nanti Adam tarik cikgu ni ke syurga ya.”

“Kak yang tengok pun terharu gila. Terima kasih cikgu yang bagi pengalaman berharga buat Adam”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.