fbpx
Now Reading
“Mentua Tak Jeling Ke?” – Tular Pengantin Buat Aksi ‘Fly’ Atas Pelamin Raih Perhatian Ramai [Video]

“Mentua Tak Jeling Ke?” – Tular Pengantin Buat Aksi ‘Fly’ Atas Pelamin Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi rakaman sama, pengantin lelaki dilihat melakukan aksi ‘superman’ sambil dikelilingi rakan-rakannya semasa sesi bergambar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu pastinya ingin mengabdikan kenangan bersama yang tersayang terutama jika melibatkan momen penting seperti majlis perkahwinan.

Ini kerana majlis perkahwinan merupakan antara perkara yang hanya dilaksanakan sekali seumur hidup bagi seseorang.

Maka tidak hairanlah jika ada pasangan akan menampilkan sesuatu yang berbeza semasa majlis persandingan mereka. Namun tidak semua kelainan yang dilakukan mendapat ‘feedback’ positif daripada orang ramai.

Tular pengantin buat lagak ‘fly’ macam mat rempit atas pelamin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pengantin lelaki melakukan lagak ‘fly’ di atas sebuah motosikal semasa majlis persandingannya

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mhmmdhsm, lagak tersebut dilakukan semasa sesi mengambil gambar bersama sekumpulan tetamu dipercayai rakan-rakan kepada pengantin berkenaan.

Ketika sesi mengambil gambar berlangsung, kelihatan pengantin wanita melakukan pose berdiri sambil memegang kaki suaminya.

Sampai dua buah motosikal nak dibawa naik ke atas pentas pelamin

Menerusi rakaman sama, turut dilihat sebuah lagi motosikal bersama sekumpulan individu yang dipercayai rakan kepada pengantin lelaki sedang menunggu giliran untuk naik ke atas pelamin.

Berkemungkinan sekumpulan tetamu itu juga ingin melakukan perkara sama bersama-sama pasangan raja sehari itu.

Momen tersebut dilakukan di hadapan para tetamu undangan yang sedang menikmati juadah.

Tindakan fly atas pelamin undang kecaman ramai

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam pengantin lelaki yang melakukan aksi ‘fly’ di atas pelamin.

Malah, kebanyakan netizen juga menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak beradab apatah lagi dilakukan semasa majlis persandingan.

Tidak kurang juga segelintir individu yang mempersoal adakah ibu bapa atau ahli keluarga kedua-dua pengantin tidak memberi teguran mengenai perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Pengantin Berbangsa Cina Buat Majlis Perkahwinan Tema Adat Melayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Betul-Betul Rare” – Ramai Teruja Lihat Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Sanding

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.