fbpx
Now Reading
Ramai Puji Guru & Ibu Bapa Berganding Bahu, Sediakan Kipas Tambahan Untuk Keselesaan Murid [Video]

Ramai Puji Guru & Ibu Bapa Berganding Bahu, Sediakan Kipas Tambahan Untuk Keselesaan Murid [Video]

Selain kipas berdiri, terdapat beberapa barangan lain yang turut disumbangkan oleh ibu bapa bagi mencantikkan kelas anak mereka sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak minggu lalu, ada sahaja kisah atau berita yang melibatkan pelajar sekolah sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

Selain daripada ragam murid khususnya prasekolah dan tahun satu, antara yang turut menjadi bualan adalah isu kepadatan pelajar dalam satu kelas.

Ini kerana wujud dakwaan mengatakan ada kelas yang terpaksa menampung sehingga 40 ke 50 orang murid dalam satu masa.

Keadaan ini bukan sahaja menganggu tumpuan pelajar malah mereka juga berkemungkinan boleh berada dalam keadaan tidak selesa.

Guru Kerjasama Dengan Ibu Bapa Sediakan Kipas Tambahan

Demi keselesaan murid, seorang guru bersama ibu bapa mengambil inisiatif dengan menyediakan kipas tambahan buat pelajar di salah sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di Thread @amirulhakimiali, kelihatan guru lelaki yang dikenali sebagai Amirul itu sedang memasang suis tambahan untuk kegunaan inisiatif berkenaan.

“Kelas ada 45 orang tapi yang duduk tengah je rasa angin kipas,” tulisnya pada video tersebut.

Ibu Bapa Turut Sumbang Barang Lain Cantikkan Kelas

Apa yang menjadi perhatian adalah dia sendiri dilihat bertungkus lumus memasang beberapa suis tambahan untuk kipas baharu yang diterima hasil sumbangan ibu bapa pelajar.

Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa barangan lain yang turut disumbangkan oleh ibu bapa bagi mencantikkan kelas anak mereka sendiri.

Selain kipas berdiri (stand fan), antara barang yang disumbangkan adalah alas meja, rak buku dan langsir.

“Terima kasih ibu bapa yang memberi sumbangan 45 alas meja, empat kipas, enam rak buku dan lapan langsir Ikea.

“Semoga anak-anak bangsaku semangat untuk menimba ilmu selepas ini,” tulisnya lagi.

View on Threads

Ramai Puji Inisiatif Guru & Ibu Bapa Mahu Pastikan Murid Selesa

Hantaran yang turut dikongsikan di TikTok dan telah mendapat lebih 23,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha dan kerjasama guru serta ibu bapa dalam memastikan keselesaan anak-anak ketika belajar.

Malah, ada yang menyambut baik inisiatif berkenaan dan mahu melaksanakannya di sekolah anak masing-masing.

Ini antara komen pengguna Thread:

“Alhamdulillah, Tahniah Cikgu & Ibu Bapa Bersatu Padu, 45 Orang Dalam 1 Kelas Sangat Padat”

“Terbaik Cikgu! Kagum Saya Sebagai Cikgu & Ibu Bapa Juga”

“Macam Mana Cikgu Buat Ayat Mohon Sumbangan Ibu Bapa Tu?”

“Teringat Kawan Cerita Anak Dia Masuk Darjah 1, Balik Sekolah Mengadu Kelas Panas”

“Saya Teringin Nak Deco Kelas Anak Saya Tapi Kelas Anak Saya Kongsi Dengan Tahap 2”

Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya!” – Guru Wanita Dipuji, Hias Dinding Kelas Dengan Lukisan Mural Berkonsepkan Komik [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ni Mesti Cikgu Kesayangan” – Guru Terima Hadiah Rantai Emas Dari Murid Kelas Darjah 6 [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.