fbpx
Now Reading
Gelagat Comel Pelajar Perempuan Sanggup Dukung Kawan Sebab Tak Nak Kena Tinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]

Gelagat Comel Pelajar Perempuan Sanggup Dukung Kawan Sebab Tak Nak Kena Tinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan Eiliya sanggup menggendong rakannya, Maya ketika aktiviti merentas desa kerana enggan ditinggalkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya suka bermain, berkawan dan melakukan aktiviti bersama rakan.

Malah mereka juga akan sentiasa bersama-sama dengan kawan yang dirasai selesa apabila bertemu.

Keakraban di antara rakan ini turut dapat dilihat apabila mereka juga belajar untuk memahami sikap serta perkara yang disukai oleh sahabatnya.

Bukan hanya itu, di usia kecil ini juga mereka belajar erti sahabat sejati yang akan sentiasa bersama susah dan senang dan adakalanya turut membuatkan ibu bapa tahu betapa penting individu berkenaan kepada anak mereka.

Ibu kongsi gelagat anak dukung rakan ketika merentas desa

Baru-baru ini, seorang ibu turut berkongsi gelagat atau Point Of View (POV) anak perempuan bersama sahabat baiknya di sekolah ketika aktiviti merentas desa.

Menerusi video dikongsikan oleh Nazatul di TikTok, awalnya dia menunjukkan foto comel anaknya dikenali sebagai Eiliya bersama rakan baiknya iaitu Maya ketika berada di dalam kelas.

Dalam video itu kelihatan mereka sentiasa melakukan aktiviti bersama termasuklah ketika waktu rehat.

Namun apa yang menjadi perhatian, si ibu tidak menyangka anaknya itu juga sanggup melakukan apa sahaja buat rakannya asalkan mereka sentiasa bersama-sama ketika merentas desa.

Selamba dukung kawan sambil jalan untuk habiskan rentas desa

Dalam video sama kelihatan Eiliya sanggup mendukung Maya sewaktu mereka sedang melakukan aktiviti merentas desa di luar sekolah.

Meskipun di usia muda namun kelihatan Eiliya dengan selambanya mendukung (piggyback) si rakan di belakang badan sambil berjalan untuk meneruskan aktiviti merentas desa berkenaan.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si ibu terhibur kerana tidak sangka anaknya sanggup menggendong rakan asalkan Maya tidak meninggalkannya.

“Adoi anak oiii, awak pergi dukung Maya buat apa oii,” kata si ibu dalam video tersebut.

Tonton video di sini:

Ibu kepada rakan turut terhibur lihat gelagat dua kanak-kanak

Melihat di ruangan komen, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada Maya turut terhibur melihat gelagat dua kanak-kanak itu dan mengucapkan terima kasih kepada Eiliya atas perkara itu.

“Ya Allah anakku, terima kasih Eiliya dukung Maya. Dia tak nak Maya berlari laju tinggal dia. Sanggup dukung, the real susah senang bersama!”

Dalam beberapa lagi komen lain, ramai yang turut terhibur melihat gelagat comel dua kanak-kanak berkenaan dan menyifatkan mereka adalah sahabat sejati.

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan mereka untuk berkawan dengan baik sampai bila-bila.

Ada juga meminta si ibu untuk menyimpan video tersebut kerana ia bakal menjadi kenangan buat si kecil itu apabila mereka sudah besar.

“Dia takut kawan dia yang kecil molek tu lari laju tinggal dia. Lebih baik aku gendong dia, dia tak tinggal aku belakang.”

“Ini bukan merentas desa dah ni”

“Mujurlah Maya tu halus saja ya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.