
“Fuh 2,240Km” – Lelaki Cari Ketenangan, Bawa Kancil Dari Klang Hingga Koh Samui [Video]
Difahamkan, jumlah keseluruhan minyak yang harus diisi lelaki itu sepanjang perjalanannya membawa Kancil terbabit hanyalah RM160 sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Thailand merupakan antara negara yang menjadi pilihan rakyat di Malaysia untuk bercuti sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Hal ini kerana kedudukannya yang dekat menyebabkan rakyat di negara ini mudah untuk memasuki Thailand dengan hanya menggunakan laluan darat seperti keretapi, bas, kereta, motosikal dan banyak lagi.
Selain daripada ingin bercuti dan membeli-belah, tidak dinafikan ada juga yang masuk ke negara Gajah Putih itu semata-mata untuk mencari ketenangan dengan melihat keindahan alam yang ada di sana.
Lelaki jelajah Thailand guna Kancil, siap boleh layan 120Km/j
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki mengembara ke Thailand dengan hanya menggunakan Perodua Kancil.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @thalha8787, lelaki itu mengembara dari Malaysia ke Thailand untuk mencari ketenangan.
“Cara kita mencari ketenangan berbeza, cara saya memandu kereta kancil dengan jalan jauh layan kelajuan 120 Km/j,” katanya.
Bawa kancil dari Klang hingga Koh Samui, minyak hanya RM160
Apa yang mengejutkan, Kancil terbabit bukan hanya dipandu memasuki Thailand hingga ke Hatyai atau Dannok yang kebiasannya dilakukan oleh ramai orang.
Sebaliknya, lelaki itu memandu kereta Perodua yang boleh dianggap legenda itu sehingga ke pulau yang terkenal di Thailand iaitu Koh Samui dengan jarak keseluruhan 2,420Km.
“Perjalanan saya kali ini Klang-Hatyai-Khao Lak-Koh Samui-Klang, cemerlang buat 2,420Km. Minyak RM160,” katanya.
@thalha8787 Cara kita mencari ketenanagan berbeza, cara saya drive kereta Kancil ni jalan jauh layan speed 120kmj,ni route saya kali ni Klang-Hatyai-Khao Lak-Koh Samui-Klang, cemerlang buat 2420km 🇲🇾🇹🇭🇲🇾🇹🇭 Minyak 🇲🇾-RM160 Minyak 🇹🇭-THB2600 #peroduakancil #manual5speed #keretanasional #lebaigame #fourtyk #keretanasional #fyp
♬ I’m Good (Blue) – David Guetta & Bebe Rexha
Ramai puji dan kagum dengan keupayaan Kancil boleh pergi hingga Koh Samui
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial memuji keberanian lelaki itu untuk memandu sebuah kereta yang sudah berusia puluhan tahun sehingga ke luar negara.
Malah, mereka turut kagum dengan keupayaan kereta Kancil milik lelaki tersebut yang mampu bergerak sejauh itu.
Di Malaysia, masih ada yang memandu Perodua Kancil, namun kebanyakannya hanya menggunakan kereta itu untuk jarak perjalanan yang dekat sahaja.


