fbpx
Now Reading
Geng Hikers Bingung, Tiba-tiba Ada Orang Jual Aiskrim Di Tengah Hutan [Video]

Geng Hikers Bingung, Tiba-tiba Ada Orang Jual Aiskrim Di Tengah Hutan [Video]

Menerusi video kelihatan salah seorang daripada pendaki turut cuba menggunakan ‘cara unik’ untuk memastikan peniaga berkenaan sememangnya seorang manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bagi mana-mana individu yang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung pasti akan sentiasa menjelajah ke tempat baharu untuk memperkukuhkan lagi kekuatan mental dan fizikal.

Namun umum juga mengetahui kawasan seperti ini juga merupakan antara tempat yang sering dinasihatkan untuk menjaga tingkah laku kerana ia turut didiami oleh makhluk lain.

Malah ada segelintir pendaki yang pernah berkongsi pengalaman seram mereka berdepan dengan perkara seperti ini.

Sekumpulan pendaki pelik ada orang jual aiskrim di tengah hutan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sekumpulan pendaki yang pelik apabila berjumpa dengan peniaga aiskrim di tengah-tengah hutan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Eyjaa di TikTok, awalnya kelihatan peniaga yang dipercayai warga asing sedang mencedok aiskrim ke dalam beberapa kon.

Ais krim tersebut dipercayai turut dipesan oleh kumpulan pendaki berkenaan. Tidak lama kemudian Eyjaa memalingkan kamera ke arah seorang rakan lelakinya yang sedang mencangkung.

Siap tengok celah kaki nak pastikan itu manusia

Rakannya itu turut cuba melihat peniaga aiskrim tersebut dari celahan kakinya untuk melihat sama ada peniaga itu adalah benar manusia atau sebaliknya.

Ini kerana ada petua orang di zaman dahulu mengatakan itu adalah cara untuk mengesahkan seseorang yang dilihat adalah makhluk halus atau manusia. Namun sejauh mana kesahihan petua itu tidaklah diketahui.

Sebaik sahaja bangun daripada melihat peniaga itu, dia kemudian mengesahkan lelaki tersebut adalah benar-benar manusia.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan rakan-rakan lain turut terhibur sambil menunggu aiskrim yang dipesan.

“Musykil ya, jual aiskrim tengah-tengah hutan,” kata Eyjaa dalam video berkenaan.

Ramai sakat sekumpulan pendaki

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir yang berseloroh dengan mengatakan mereka tidak melihat peniaga terbabit.

Ada juga yang memaklumkan sebenarnya terdapat jalan lain yang boleh dilalui oleh motosikal kerana ia merupakan laluan pekebun.

Tidak kurang juga ada mengatakan peniaga aiskrim yang menggunakan motosikal sememangnya sering dilihat berada di banyak kawasan.

“Laluan kita hiking memang curam, sebelah sana ada laluan motor tau, laluan pekebun tak silap.”

“Apa yang korang rakam ni? tak nampak pun”

“Betul ke aiskrim yang korang makan tu?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.