
Ramai Puji Kanak-Kanak Prihatin Pujuk Rakan Sekolah Menangis Ketika Tunggu Ibu Bapa [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Putri cuba untuk menenangkan rakannya yang sedang menangis kerana ibu bapa belum muncul untuk menjemputnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya mempunyai hati yang murni dan mudah untuk dibentuk.
Malah didikan yang betul daripada ibu bapa akan membuatkan anak kecil ini membesar menjadi seorang yang hebat serta prihatin dengan keadaan sekeliling.
Bukan hanya itu, mereka juga akan mempunyai perasaan empati yang tinggi serta sentiasa ingin membantu individu dalam kesusahan.
Pelajar prihatin, cuba tenangkan kawan yang sedang menangis tunggu ibu bapa belum jemput
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pelajar perempuan darjah satu apabila kasihan melihat rakannya menangis sewaktu menunggu dijemput dari ibu bapa.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Amar Aizat di TikTok, awalnya dia berkunjung ke sekolah untuk menjemput anak perempuannya, Putri Nur Aisy Medina di sebuah sekolah rendah di Puchong, Selangor.
Kelihatan anak perempuan Amar begitu gembira sebaik melihat si ayah datang untuk membawanya pulang.
Dia kemudian memeluk si ayah sebelum melambai ke arah rakan-rakannya untuk pulang ke rumah.
Sedar ada kawan yang sedang menangis
Sewaktu melambai dia secara tiba-tiba menyedari seorang kanak-kanak sedang menangis dipercayai kerana ibu bapanya belum muncul untuk menjemputnya pulang.
Melihat keadaan itu, Putri kemudian menuju ke arah pelajar itu dan bertanya apakah punca dia menangis.
“Hei, awak kenapa?” soal kanak-kanak berkenaan. Tidak menunggu lama, dia kemudian memimpin tangan pelajar tersebut ke sebuah gazebo dipercayai ruang menunggu.
Malah dia meminta rakannya itu menunggu di kawasan berkenaan sehingga ibu bapanya sampai.
Kelihatan Amar setia menunggu anaknya yang prihatin sambil melihat gelagat si kecil itu cuba menenangkan rakannya.
“Gelagat anak tahun satu, 2025. Minggu pertama persekolahan, awak lakukan perkara yang terbaik sayang! Daddy sayang awak sangat,” katanya di ruang kapsyen.
@amaraizat17 Gelagat anak tahun 1 2025. Minggu pertama persekolahan. You did a great job sayang! Daddy love you much. Like daughter like daddy 🤣 #gelagat #tahun1 #2025 #sekolah @riri_puteri
♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙
Ramai puji sikap pelajar ini prihatin dengan rakan
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap kanak-kanak perempuan tersebut kerana prihatin dengan rakannya.
Tidak kurang juga ada yang memuji Putri seorang yang comel dan cerdik dengan tindakan yang dilakukannya.
Dalam masa sama, tidak kurang juga ada yang sempat mengusik rakan kepada Putri yang tudungnya dilihat hampir menutupi mata.
“Bagus common sense awak, dik. Patut dipuji, tapi adik terlepas pandang dekat kawan sorang lagi yang memerlukan pertolongan cemas takut gelap je kang dik. Hujung-hujung dah tu.”

“Bagusnya dia, anak saya dah darjah dua selalu balik sekolah cakap. Dia tak ada kawan, tak ada yang nak kawan dengan dia, sedih pula.”

“Anak yang celik emosi”

“Aww tak sangka budak sekecil ni ada empati yang besar, lepas tu terkenal pula tu. Mesti ekstrovert”
