
Suka Punya Pasal, Minah Salleh Bawa Beg 28kg Penuh Jajan Dari Malaysia Ke London [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Leila membeli bermacam-macam jenis makanan ringan untuk dibawa pulang ke London.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang boleh dipelajari oleh orang ramai.
Bukan sekadar budaya, mana-mana sahaja pelancong yang melawat Malaysia pasti tidak akan ketinggalan untuk mencuba makanan yang terdapat di negara ini.
Malah mereka bukan sekadar boleh merasai makanan tempatan sebaliknya terdapat banyak makanan dari negara lain juga ada di sini.
Minah salleh bawa pulang 28kg makanan dan cenderamata dari Malaysia ke London
Baru-baru ini, seorang wanita yang baru sahaja berpindah ke London, United Kingdom (UK) tular apabila membawa bagasi seberat 28 kilogram (kg) yang dipenuhi dengan makanan dari Malaysia.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Leila menunjukkan makanan yang dibelinya sewaktu berkunjung ke Malaysia.
Dalam video itu, Leila menunjukkan antara makanan yang dibeli adalah:
- Snek Mamee Monster satu paket besar.
- Snek Rumpai laut rangup.
- Gula-gula perisa anggur Fruit Plus.
- Empat bungkus mi segera (Mi Sedap).
- Biskut Lexus daripada Munchy’s.
- 17 paket perencah tomyum.
- Coklat Pocky.
- Serbuk tomyum.
- Empat paket mi udon.
- Satu paket serbuk Milo.
- Satu botol sos bijan.
- Gula-gula Mentos.
- Coklat dari New Zealand (Whittaker’s).
- Kacang tanah.
- Granola.
- Biskut beras.
- Gula-gula kopiko.

Ada makanan yang dah habis dimakan
Menerusi video tersebut, Leila turut memaklumkan terdapat beberapa makanan yang ditunjukkan itu telah dimakan olehnya. Malah ada juga yang sudah habis dan hanya tinggal bungkusan sahaja.
Menurut Leila kesemua makanan yang dibeli itu merupakan makanan yang disukainya sepanjang melawat ke negara ini.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa makanan dibeli itu bukanlah sepenuhnya barangan tempatan dari Malaysia sebaliknya ada yang dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Turut tunjuk cenderamata yang dibeli ketika melawat ke Kuala Lumpur dan Langkawi
Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Leila, dia turut menunjukkan beberapa cenderamata yang dibelinya.
“Saya ke Malaysia dengan beg seberat 7kg, dan balik dengan bagasi 28kg. Berdasarkan video sebelum ini sekitar 25kg daripada beg berkenaan adalah makanan. Manakala lebihan 3kg lagi adalah cenderamata,” ujarnya.
Dalam video tersebut, Leila menunjukkan dia ada membeli baju yang tertera tulisan Malaysia, Kuala Lumpur, serta Langkawi.
Selain itu dia juga ada membeli beberapa lagi cenderamata di Pasar Seni, Kuala Lumpur seperti beg tangan, klip dan getah rambut, dulang dan juga key chain berbentuk ular sempena Tahun Baru Cina.
@lifeofleils Replying to @Can i call you rose Wish I could have brought more 😂🫶🏼 #malaysia #kualalumpur
♬ original sound – Leila Purchase
Leila sebelum ini turut berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung di Malaysia dalam beberapa video.
Ramai teruja lihat minah salleh bawa beg penuh dengan makanan dari Malaysia
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat barangan makanan yang dibelinya.
Malah salah seorang individu dari Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Manchester turut memaklumkan dia juga membawa bagasi berisi makanan sama dibeli oleh Leila kerana rindukan negara sendiri.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Leila terlupa membeli bahan berisa seperti belacan, cencalok, budu dan sebagainya semasa pulang ke London.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan dia membeli terlalu banyak makanan ringan yang tidak baik untuk kesihatan.
“Di mana Maggi Asam Laksa?”

“Saya rasa awak lupa snek Supe Ring! Dan biskut Cap Ping Pong”

“Habislah, dah semakin ramai pelancong suka dengan makanan Malaysia. Yang tu lekat dengan teh tarik, yang tu dengan makanan pantai timur, yang ini jajan”
