fbpx
Now Reading
Gelagat Anak Murid Buat Kejutan Sempena Persaraan Guru Undang Sebak [Video]

Gelagat Anak Murid Buat Kejutan Sempena Persaraan Guru Undang Sebak [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan semua pelajar di dalam kelas berkenaan memberikan hadiah kepada guru kesayangan terbabit sebelum berpisah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Menjadi seorang pendidik bukanlah satu kerjaya yang mudah, ini kerana mereka bukan sekadar mendidik sebalik membentuk anak bangsa menjadi insan hebat di masa hadapan.

Malah pendidik juga sering dipandang tinggi dan dijadikan sebagai model untuk diikuti oleh para pelajar.

Oleh itu, tidak hairanlah jika seorang guru yang mendidik anak muridnya dengan ikhlas sentiasa disayangi pelajar serta sedih apabila tiba waktu untuk mereka berpisah dengan cikgu berkenaan.

Sekumpulan pelajar SJKC beri kejutan kepada guru yang nak bersara

Perkara sama turut dirasai oleh sekumpulan pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Min, Kedah apabila membuat kejutan untuk gurunya yang ingin bersara.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cheriepuii di TikTok, awalnya kelihatan seorang murid lelaki berdiri dan meminta guru wanita yang juga Penolong Kanan sekolah berkenaan untuk melakukan ‘fist bump’ dengannya.

Bukan hanya itu, dia juga meminta guru wanita yang juga mengajar subjek sains tersebut mengikut setiap pergerakan tangannya.

Letak makanan atas tangan guru sebagai hadiah

Tanpa menyoal, guru itu dilihat hanya mengikuti pelajar lelaki berkenaan. Pelajar itu kemudian menghulurkan tangannya dan sebaik sahaja dia melakukan perkara itu, kesemua pelajar dalam kelas tersebut datang dan meletakkan makanan di atas tangan guru terbabit.

Kelihatan guru Sains itu seperti terkejut apabila menerima begitu banyak makanan dari pelajar-pelajarnya.

Meskipun kesemua makanan itu adalah snek namun bukan itu yang menjadi pengukur sebaliknya peringatan serta penghargaan yang diberikan oleh pelajarnya.

Ada yang kesat mata dengan tisu

Guru itu kemudiannya memberikan sedikit ucapan kepada anak muridnya dan ada di antara pelajar mengesat matanya dengan tisu mungkin sebak kerana akan berpisah dengan cikgu tersayang.

“Jasa mu dikenang. Selama 33 tahun cikgu berkhidmat untuk murid-murid dan sekolah,” tulis Cheriepuii yang merakam momen tersebut.

@cheriepuii

#jasamu di kenang❤️❤️ 😭 Selama 33 tahun cikgu berkhidmat untuk murid2 dan sekolah❤️😊 #cikgubersara #cikgukesayangan #terimalasihcikgu

♬ original sound – 𝒹𝒽𝒾𝒶 ʕ•̫͡•ʔ – dhia ʕ•̫͡•ʔ

Ramai yang mengalir air mata lepas lihat video pelajar beri guru kejutan

Mengintai di ruangan komen, ramai yang sebak melihat video perpisahan pelajar dan guru tersebut.

Malah ada yang menyifatkan pendidik itu pasti seorang guru yang baik dan menyebabkan dia begitu disayangi oleh murid-murid.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan selamat bersara kepada guru berkenaan.

“Saya tahan tak nangis lepas tu tiba nampak adik tu lap air mata dengan tisu.”

“Mesti guru itu adalah antara guru yang terbaik kan? Budak tak reti menipu kalau dia dah sayang.”

“Dekat sini boleh nampak bukan nilai hadiah yang berharga, tapi memori dengan ingatan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.