fbpx

Siap Buat Persembahan, Wanita Teruja Lihat Chef & Staf Menari Ketika Sediakan Makanan [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita berkenaan, kelihatan cef di restoran itu menari sambil menyiapkan makanan untuk dihidang kepada pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Restoran atau kedai makan merupakan salah satu lokasi yang sering dipilih oleh orang ramai untuk berjumpa dengan rakan-rakan dan juga keluarga.

Oleh itu, ramai yang memilih tempat makan menarik seperti kafe, restoran mahal atau kedai makan kegemaran dan sebagainya untuk mendapatkan suasana yang selesa.

Malah suasana kedai serta makanan yang sedap pasti akan membuatkan pelanggan kembali lagi ke restoran tersebut untuk menikmati hidangannya.

Wanita kongsi pengalaman pergi restoran Jepun siap ada cef dan staf menari

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi pelangaman menariknya ketika berkunjung ke sebuah restoran Jepun di Johor Bahru iaitu Kuroma Buffet & Dining.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fasha Syahira di TikTok, awalnya kelihatan beberapa cef termasuk staf restoran berkenaan berkumpul di tengah bahagian makanan.

Mereka kemudian dilihat menari-nari ketika lagu Malatanghulu dimainkan. Bukan hanya itu, kelihatan cef yang memakai baju berwarna putih turut menyalakan api menggunakan alat pemetik khas untuk membakar makanan.

Buat persembahan sambil siapkan hidangan makanan

Apa yang lebih menarik mereka melakukan persembahan tersebut dengan penuh bersemangat. Malah dapat dilihat cef berkenaan sambil menari turut menjalankan kerjanya untuk menyiapkan hidangan bufet.

Cef itu juga dilihat menyiapkan hidangan tersebut mengikut rentak lagu berkenaan.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh Fasha, kelihatan para pekerja restoran itu cuba menghiburkan pelanggan yang hadir dengan beberapa lagi tarian menggunakan lagu lain seperti Mamushi yang dinyanyi oleh Megan Thee Stallion dan Yuki Chiba.

@fashasyahira96

Takkan menyesal even bayar mahal👍🏻☺️ staff sangat2 welcoming, chef dia sporting sangat2. Service laju, order spaggeti tak sampai 10 minit sampai, and semua meal sedapppp😘 confirm takkan ada yg bagi rata bawah 7/10 kalau datang

♬ original sound – Syahira – Syahira

Puji layanan baik dan makanan segar

Fasha dalam video turut memaklumkan restoran berkenaan sentiasa penuh setiap kali ingin membuat tempahan.

Malah dia juga memuji para pekerja mempunyai persembahan yang baik, servis yang laju serta makanan laut yang segar.

“Tak akan menyesal walaupun bayar mahal, staf sangat ‘welcoming’, Cef dia sporting sangat. Servis laju. Pesan tak sampai 10 minit sampai dan semua meal sedap, confirm takkan ada yang bagi rate bawah 7/10,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@fashasyahira96

Another dance performance. So yg nak tahu ni kat mana.. try search Kuroma Buffet & Dining. Restaurant ni kat Taman Daya Johor

♬ original sound – Syahira – Syahira

Ramai suka lihat persembahan ada yang sanggup kerja supaya tak stres

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat perkara itu. Malah ada yang menyifatkan mereka yang bekerja dalam bidang makanan dan minuman sanggup bekerja seperti itu asalkan gembira.

Tidak kurang juga terdapat seorang bekas pekerja restoran yang pernah melakukan perkara sama turut menyidatkan pekerjaannya seronok.

Menurut Fasha Syahira di ruangan komen, tarian itu dibuat sekitar lima hingga 10 minit sahaja.

“Aku sebagai kerja F&B, aku sanggup kerja macam ni biar tak stres, kerja kena happy senyum selalu..”
“Kerja dapat, gaji dapat, kurus pun dapat”
“Bagus betul staf dia orang, kalau saya tak boleh kerja sini.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.