
Mazda Rempuh Pemandu Lori Selepas Laluan Dihalang Cetus Perdebatan [Video]
Menerusi video dashcam yang dikongsikan, kedengaran pemilik dashcam membunyikan hon sebaik melihat kereta Mazda itu merempuh pemandu lori berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila memandu di jalan raya kita sememangnya dinasihatkan untuk berhati-hati dalam pemanduan.
Namun tak dinafikan juga adakalanya sikap segelintir pemandu yang mementingkan diri membuatkan pengguna jalan raya lain berasa berang.
Malah disebabkan perasaan marah itu membuatkan beberapa pengguna jalan raya bertindak agresif sehingga boleh mencetuskan kemalangan.
Kereta Mazda rempuh pemandu lori
Baru-baru ini, sebuah kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Mazda dilihat telah bertindak merempuh seorang lelaki selepas individu berkenaan cuba menghalang laluannya.
Menerusi video dashcam yang tular di TikTok, insiden itu dipercaya berlaku di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat, Selangor.
Dalam video itu, awalnya kelihatan lori kecil berkenaan memotong kereta Mazda yang sedang berjalan di lorong kanan.
Lori itu kemudiannya dilihat secara tiba-tiba seperti ingin berhenti di hadapan kereta Mazda berkenaan. Kereta Mazda tersebut kemudiannya cuba untuk menukar ke lorong kiri namun terus dihalang oleh lori terbabit.
Lori cuba halang laluan kereta Mazda
Melihat perkara itu kereta tersebut lalu dengan segera mengundur untuk menukar semula ke lorong kanan.
Namun secara tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki dipercayai pemandu lori berkenaan yang keluar untuk bertemu dengan pemandu kereta Mazda terbabit.
Langgar pemandu lori sebelum larikan diri
Namun sebaik lelaki itu menghampiri kereta Mazda terbabit, pemandunya secara tiba-tiba meluru sehingga melanggar lelaki tersebut menyebabkannya tercampak ke bahagian pembahagi jalan.
Kereta Mazda itu kemudiannya berundur dan meninggalkan lokasi berkenaan dengan segera.
Pemandu lori itu pula dilihat hanya terduduk seperti menahan kesakitan. Sewaktu insiden berlaku turut kedengaran dia menjerit serta pemilik dashcam juga membunyikan hon yang panjang sebagai tanda amaran untuk berhenti sebelum kenderaan itu melarikan diri.
Menerusi maklumat di dalam dashcam, insiden ini difahamkan berlaku pada 28 Februari lalu. Video sama memaparkan insiden itu turut tular di Facebook.
Tonton video di sini.
Ramai tak setuju tindakan kereta Mazda langgar pemandu lori
Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan kereta Mazda yang bertindak merempuh pemandu terbabit.
Malah ada juga yang berdebat di mana segelintir yang menyokong pemandu lori terbabit dan ada juga yang menyalahkan lelaki itu kerana ianya tidak akan berlaku sekiranya dia tidak menghentikan kereta Mazda berkenaan.
Ada juga yang berpendapat tindakan pemandu lori itu tidak ubah seperti seorang samseng jalanan namun ‘terciduk’ apabila bertemu dengan ruas.
Namun segelintir merasakan kes tersebut pasti akan disiasat pihak berkuasa memandangkan perbuatan pemandu Mazda itu boleh dikategorikan sebagai perbuatan jenayah iaitu cubaan untuk membunuh.
Di ruangan komen ada yang mengatakan lori tersebut bukan lori tunda sebaliknya lori mengangkat tong sampah besar (roro).
“Hadang laluan, tunjuk gangster, mengganggu pengguna yang lain..”

“Mesti SUV tu ada buat salah, kalau tak buat salah abang tu mesti tak cari gaduh.”

“Seksyen melanggar orang lagi berat dari blok kereta. Naik mahkamahlah ceritanya.”
