
Ramai Bangga Jenama Christy Ng Tembusi Pasaran Luar Negara, Buka Butik Pertama Di Indonesia [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh Christy, kelihatan ramai pengunjung di Indonesia beratur di hadapan butik berkenaan sebaik ia dibuka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jenama tempatan atau lokal di negara ini semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai.
Malah kita juga dapat melihat lebih banyak jenama tempatan dikeluarkan dalam pelbagai industri khususnya fesyen.
Bukan hanya itu, jenama tempatan juga turut menawarkan barangan yang setanding seperti antarabangsa namun pada harga yang berpatutan.
Malah ada yang sanggup beratur berjam-jam demi mendapatkan barangan dari jenama tempatan yang menjadi idaman ramai.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dari 10 Pagi Sampai 3AM, Wanita Gigih Beratur Demi Dapatkan 4 Beg brïk
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bos Kiriman Tuhan” – Christy Ng Dipuji Sediakan Ruangan Solat Selesa Buat Staf Muslim [Video]
Christy Ng buka butik pertama di Jakarta, Indonesia
Terbaharu, satu lagi jenama tempatan iaitu Christy Ng telah membuatkan rakyat Malaysia bangga apabila berjaya menembusi pasaran di negara jiran, Indonesia dengan membuka butik pertama di Jakarta.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Christy Ng di akaun TikTok rasminya, kelihatan dia menunjukkan momen ‘unboxing’ butik pertamanya itu sebaik ia selesai diubah suai.
Dalam video itu kelihatan beberapa individu yang dipertanggungjawabkan membuat pengubahsuaian kedai berkenaan sedang membuka satu per satu tirai yang ditutup sepanjang tempoh ubah suai dilakukan.
Buat ‘unboxing’ butik sebaik diubah suai
Malah turut kelihatan pemiliknya, Christina Ng turut memerhati satu persatu proses ‘unboxing’ yang dilakukan oleh pekerja berkenaan.
Kelihatan butik itu dihias dengan konsep yang moden serta memaparkan nilai estetik buat pengunjung yang bakal datang ke premis berkenaan.
Di ruangan kapsyen Christina yang juga mesra dipanggil Christy turut memaklumkan butiknya itu beroperasi di pusat membeli belah Kota Kasablanka di Jakarta.
“Kami telah beroperasi hari ini, kunjungi di UG-60A Kita Kasablanka,” katanya.
Dalam beberapa video yang dikongsikan oleh Christy, kelihatan ramai yang beratur sehingga melewati beberapa kedai lain untuk berkunjung ke butik ushawan berkenaan.
@christyemilylove WE ARE OPEN TODAY 🇮🇩🇮🇩🇮🇩 Visit us at UG-60A Kota Kasablanka 🩷
♬ original sound – Christy Ng 💛 – Christy Ng 💛
@christyemilylove Terima kasih warga Jakarta 🇮🇩 From Malaysia 🇲🇾 with love ❤️
♬ original sound – Christy Ng 💛 – Christy Ng 💛
Ramai ucap tahniah atas kejayaan Christy Ng
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Christy atas pembukaan butik pertamanya di negara berkenaan.
Malah ada yang mengatakan sebelum ini mereka ada melihat beberapa pelanggan yang membuat siarang langsung untuk mengumpul pesanan dari Indonesia sewaktu berada di kedai berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang meminta agar produk jenama beg dan kasut terkenal itu membuka cawangan di Sarawak.
“Saya mengenali awak sejak 2016 di Midvalley, KL. Love dari Indonesia”

“Tahniah Christy Ng”

“Tak lama lagi jadi macam fesyen mewah dan produk designer. Tahniah Christy Ng”

“Tahniah Christy dan team!”
