
“Bahagia Sebenar”- Keluarga Datang Berbuka Dengan Pengawal Di Sekolah Buat Ramai Terharu [Video]
Di ruangan komen, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah tersebut memaklumkan isteri dan anaknya membuat kejutan apabila muncul di tempat kerjanya untuk berbuka bersama-sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ramadan merupakan salah satu bulan mulia yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam.
Ini kerana, ramai yang ingin merebut peluang untuk melakukan ibadah serta kebaikan. Malah Allah SWT juga akan melipat gandakan pahala buat mereka yang melakukan perkara berkenaan.
Selain itu, ramai juga yang akan mengambil peluang untuk di bulan puasa ini untuk berbuka bersama-sama keluarga tercinta disebabkan kesibukan kerja dan sebagainya.
Namun tak dinafikan ada yang tidak dapat melakukan perkara tersebut disebabkan kekangan waktu kerana bekerja, jauh dari keluarga dan sebagainya.
Anak dan isteri buat kejutan datang nak berbuka bersama di sekolah ketika pengawal sedang bekerja
Baru-baru ini, sebuah keluarga telah menjadi perhatian ramai apabila anak-anak dan isteri datang ke tempat kerja suaminya untuk berbuka puasa bersama-sama.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @anakjantanmak di TikTok, awalnya kelihatan mereka sekeluarga berada di Sekolah Kebansaan Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis sedang duduk di sebuah pondok.
Kelihatan si bapa yang sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan turut memakai uniform yang lengkap semasa anak serta isteri datang untuk berbuka dengannya.
Siap bawa makanan dan air untuk juada berbuka
Dalam video tular itu juga, kelihatan isteri kepada pengawal berkenaan turut membawa beberapa makanan termasuk manisan dan air untuk dijadikan sebagai juadah berbuka.
Sebaik sahaja masuk waktu berbuka, kelihatan si ayah menadah tangan untuk membaca doa sebelum mereka sekeluarga menjamah kurma.
Sewaktu berbuka, kelihatan keluarga itu turut berbual mesra antara mereka dan jelas seperti keluarga bahagia.
Raamai sebak, terharu lihat keluarga bahagia
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak dan menyifatkan mereka mempunyai keluarga yang begitu bahagia.
Meskipun tidak dapat berbuka di rumah namun keluarga tersayang tetap datang membawa makanan untuk bersama dengan ketua keluarga mereka.
Malah ada yang mengatakan ia adalah kebahagian yang sebenar dan tidak semua dapat merasai perkara itu.
Di dalam komen, si ayah turut memaklumkan anak dan isterinya membuat kejutan kepadanya untuk berbuka bersama-sama.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan ia satu momen keluarga yang tidak akan dapat dibeli.
“Ini bahagia yang sebenar, tak semua orang dapat”

“Benda nampak simple tapi aku pula nak nangis. Hati tisu aku ni, semoga murah rezeki abang sekeluarga.”

“Bahagia itu sederhana”
