
Baru Pindah Dari Selangor, Wanita Terkejut Harga Murtabak Ayam Di JB Paling Murah RM10 [Video]
Wanita berkenaan pada mulanya menyangka harga sekeping murtabak di Bazar Ramadan Johor Bahru hanyalah sekitar RM7 ke RM8.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui hari ini (4 Mac) telah masuk hari ketiga umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa.
Walaupun baru beberapa hari, ada sahaja kisah atau pengalaman individu menjalani ibadah ini yang dikongsikan di media sosial.
Selain kisah mengenai masjid atau solat tarawih, cerita tentang harga jualan makanan di bazar Ramadan juga turut menjadi bualan.
Wanita Baru Pindah Dari Selangor ke Johor Bahru
Semalam (3 Mac), tular di media sosial video mengenai luahan seorang wanita tentang harga sekeping murtabak di Johor Bahru.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @enaizsati, wanita berkenaan mendedahkan dia baru sahaja menetap di Johor Bahru selepas berpindah dari Selangor.
Kongsi wanita itu, dia kini memahami keluhan segelintir penduduk Johor Bahru walaupun baru setahun menetap di situ.
Manakan tidak, pada mulanya dia menyangka harga sekeping murtabak di bazar Ramadan hanyalah sekitar RM7 ke RM8.
Terkejut Harga Murtabak Paling Murah RM10, Ada Yang Cecah RM11
Namun, sangkaannya meleset apabila harga murtabak yang dijual paling murah RM10 ke atas.
“Aku pergi bazar ramadan semalam, terkejut beruk aku wei. Murtabak ayam sekeping RM11, sekeping RM10. Paling murah RM10 la,” kongsinya.
Malah, dia juga tertanya-tanya adakah itu harga standard atau biasa yang dijual pada masa kini.
Ada Murtabak Cecah RM19, Faham Kenapa Ramai Terkejut Bila Pindah Ke Johor Bahru
Tidak percaya dengan harga tersebut, wanita itu turut bertanyakan kepada rakan-rakan tentang harga sekeping di Instagram miliknya.
Siapa sangka, rupanya ada rakan wanita berkenaan pernah terjumpa murtabak yang dijual dengan harga RM19!
Kongsi wanita itu lagi, dia akhirnya membuat keputusan untuk membeli Roti John yang harga lebih kurang sama dan dianggap lebih berbaloi.
Malah, dia kini memahami mengapa ada segelintir individu mengalami culture shock apabila berpindah ke Johor Bahru.
“Betul la orang cakap, orang KL (Kuala Lumpur), Selangor kalau datang kerja dekat JB mesti akan culture shock tengok harga wei.
“Sebab memang betul, harga dekat JB jauh lebih mahal berbanding dengan KL. Tapi itulah, itulah kehidupan, nak buat macam mana,” kongsinya lagi.
Hasil semakan kami mendapati harga jualan murtabak di Johor Bahru di jual bermula RM6.00 hingga RM20.00.
@enaizsati_ Hidup ini keras bossku, jadi kena usaha lebihlah untuk menampung hidup 😔🤧 #johorbahru
♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Ramai Terkejut, Ada Juga Penduduk JB Kongsi Pengalaman Sama
Video yang telah mendapat lebih 830,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan harga sekeping murtabak yang dijual di Johor Bahru.
Malah, ada segelintir pengguna media sosial yang mendedahkan pernah terjumpa harga murtabak yang mencecah sehingga RM35.
Kebanyakan mereka berpendapat berkemungkinan lokasinya yang berhampiran Singapura menyebabkan ia dijual dengan harga sedemikian.
Namun, ada juga pengguna media sosial yang mendedahkan masih ada harga murtabak yang dijual bawah RM10 di lokasi tersebut.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Ada Jumpa Yang RM35 Pun Ada, Tang Cheeselah Apalah, JB Keras”

“Target Pelanggan Dari Singapura”

“Pergi Dekat Kampung Seri Paya Kulai, Ada Murtabak Tebal 1 Inci Daging Tak Kedekut RM7 Je Kak”

“Johor Punya Kadar Hidup Memang Gila, Kalau JB Belah Batu Pahat Ke Mersing Masih Ok Lagi La”

“Kita Orang JB Terkejut Kalau Pergi Luar JB Harga Makanan Murah Lagi”

“Yang Kerja & Duduk JB Ni Tahu La Macam Mana Kerasnya Harga Makanan Dekat JB Ni”

Baca Artikel Berkaitan: “Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Bakal Keluarkan Menu Salad RM12, Harga Yang Dimaklumkan Jadi Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Pasar Malam Tapi Harga Mahal” – Ramai Persoal Harga Makanan Di Food Festival