fbpx
Now Reading
Pelancong Dari Palestin Seronok Rasai Pengalaman Berpuasa Di Malaysia [Video]

Pelancong Dari Palestin Seronok Rasai Pengalaman Berpuasa Di Malaysia [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Waleedmaoed turut berkunjung ke bazar Ramadan dan mengakui ia adalah perkara paling mencabar kerana terpaksa menahan diri melihat makanan enak dijual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Ramadan merupakan salah satu bulan yang sering dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam. Bukan hanya bulan mulia yang membawa kebaikan, bahkan apa sahaja ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Namun setiap negara pastinya mempunyai cara dan kemeriahan yang berbeza dalam menyambut Ramadan.

Jika di Malaysia, tak dinafikan sambutannya cukup meriah apabila orang ramai turut berkumpul di kawasan awam seperti berkelah untuk berbuka bersama-sama, bazar ramadan yang menjual pelbagai juadah, masjid juga tak ketinggalan membuat pelbagai aktiviti dan banyak lagi.

Solo traveler dari Palestin rasai pengalaman sambut Ramadan di KL

Baru-baru ini, seorang pelancong yang bergerak secara berseorangan atau solo traveler dari Palestin turut tidak ketinggalan untuk merasai pengalaman menyambut Ramadan di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Waleedmaoed di TikTok, katanya dia selalu ingin merasai bagaimana pengalaman Ramadan di negara yang berbeza-beza.

Namun orang ramai kerap memaklumkan kepadanya Kuala Lumpur (KL) merupakan salah satu tempat yang perlu dikunjunginya. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melancong ke Malaysia bagi merasai pengalaman berpuasa di negara ini.

Siap pergi Masjid Jamek Kuala Lumpur dan terpesona dengan keadaannya

Pada hari pertama sampai di KL, Waleedmaoed telah mengambil peluang untuk berkunjung ke Masjid Jamek bagi melihat senibina masjid tertua yang dibina pada tahun 1909.

Namun apa yang lebih menarik perhatiannya adalah komuniti masyarakat di kawasan berkenaan.

“Di Malaysia setiap masjid menawarkan makanan berbuka secara percuma dan orang ramai berkunjung untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Hanya dua minit berjalan dari masjid berkenaan adalah Dataran Merdeka. Kawasan ini akan dipenuhi oleh orang ramai yang bersama keluarga, rakan malah pelancong berseorangan seperti saya.

“Mereka akan duduk di atas rumput, membeli makanan daripada peniaga yang berada di tepi jalan sementara menunggu waktu Maghrib,” katanya.

Malah Waleedmaoed juga sempat bertanya kepada rakyat tempatan apakah makna Ramadan kepada mereka dan mendapat pelbagai jawapan.

Sebaik sahaja tiba waktu berbuka, Waleedmaoed mengatakan ia momen indah melihat hubungan antara masyarakat. Di waktu malam pula, kawasan masjid menjadi lebih cantik dengan lampu yang menghiasi di kawasan sekeliling.

Cabar diri nak tunai solat di masjid dan negara yang berbeza

Jelasnya lagi, dia juga mencabar dirinya untuk menunaikan solat di masjid yang berbeza pada setiap malam dan di negara yang berbeza. Namun cabaran itu dimulakan di masjid tertua di bandar tersebut.

Dalam beberapa video yang dikongsikan oleh Waleedmaoed, dia juga tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke bazar ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk melihat kemeriahannya di hari kedua berada di KL.

Ujarnya dia dapat melihat pelbagai jenis juadah dijual di bazar berkenaan dan mengakui selama 2 jam berada di sana ia adalah puasa paling mencabar buatnya kerana dikelilingi dengan makanan enak.

“Semuanya kelihatan dan bau sedap, tetapi sebaik sahaja waktu Maghrib hampir tiba dia kemudian menjumpai gerai di tepi jalan untuk berbuka puasa. Saya tidak sabar kerana akhirnya dapat menikmati makanan selepas menahannya selama dua jam.”

Sempat kunjungi bazar Ramadan TTDI

Pada hari kedua, Waleedmaoed telah berkunjung ke masjid yang berada berdekatan Menara Merdeka 118 dan memujinya begitu cantik.

“Terawih disini merupakan salah satu pengalaman yang paling menarik, atmosfera, ayat yang dibaca, ketenangan yang dirasai begitu berbeza,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang meminta Waleedmaoed untuk berkunjung ke beberapa masjid lain bagi menyahut cabaran Ramadannya itu.

Antara masjid yang dicadangkan seperti Masjid Sri Sendayan, masjid di shah alam dan banyak lagi.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar pelancong dari Palestin itu menghabiskan masa selama sebulan Ramadan di negara ini untuk merasai pengalaman yang lebih menarik.

“Bukan Muslim, tetapi saya suka melihat video mengenai Ramadan. Ia sangat menarik melihat orang ramai meraikkannya. Makanan juga kelihatan menarik”
“Awak patut melancong ke setiap negeri di Malaysia”
“Tolong datang ke Kuantan, Pahang.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.