fbpx
Now Reading
Ramai Sebak Lelaki Berbuka Di Kubur Ibu, Siap Bawa Makanan Kesukaan Insan Tersayang [Video]

Ramai Sebak Lelaki Berbuka Di Kubur Ibu, Siap Bawa Makanan Kesukaan Insan Tersayang [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, Aziz memaklumkan dia turut cuba memasak lauk kegemaran ibunya ke pusara berkenaan untuk berbuka puasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Apabila tibanya bulan Ramadan, ramai yang mengambil peluang untuk berada bersama dengan keluarga.

Malah ada yang sanggup pulang jauh ke kampung halaman asalkan dapat merasai pengalaman berpuasa dan berbuka dengan ibu bapa dan ahli keluarga tersayang.

Momen indah seperti ini membuatkan ibadah puasa yang dijalani penuh bermakna apabila bukan sekadar berbuka sebaliknya turut dapat menjalani ibadah solat serta terawih bersama.

Namun bagi mereka yang sudah kehilangan ibu bapa atau insan tersayang pasti ini perkara yang paling dirindui untuk dilakukan bersama.

Lelaki berbuka puasa di pusara ibu

Perkara sama turut dirasai oleh seorang lelaki dipercayai dari Indonesia ini apabila dia sanggup berbuka di kubur ibu kerana merindui wanita kesayangannya itu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aziz di TikTok kelihatan pada hari pertama berpuasa dia berbuka di makam ibunya.

Dalam video berkenaan, turut kelihatan Aziz membuka lampu suluh menggunakan telefon pintarnya untuk membaca surah yasin buat ibu yang sudah pergi meninggalkannya.

Selesai membaca yasin, dia lalu dilihat berdoa sebelum membuka bekas makanan berwarna oren untuk menjamah makanan yang dibawa bersama.

Lampu suluh jadi peneman ketika berbuka

Lampu suluh turut menjadi penemannya menikmati hidangan terbabit, malah Aziz juga dilihat mengalirkan air matanya mungkin kerana terkenang sosok ibu yang tidak lagi bersamanya seperti Ramadan beberapa tahun lalu.

Meskipun hari semakin gelap di kawasan perkuburan itu, namun ia langsung tidak membuatkan Aziz gentar sebaliknya perasaan sedih dan hibanya lebih menguasai diri.

“Benar ya ibu, rumah tanpa ibu gelap (sunyi) ya. Aziz bawa makanan kesukaaan ibu. Ibu walaupun bukan ibu yang masak, Aziz cuba untuk masak walaupun tidak sesedap masakan yang ibu buat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Aziz turut menunjukkan momen dia bersahur bersama bapanya.

Menerusi semakan kami, ibu Aziz sudah meninggal dunia hampir 4 tahun yang lalu.

@mhdaziiz

Benar ya buk Rumah tanpa ibu Gelap ya🥀. Aziz bawa makanan kesukaan ibuk. buk walaupun ngk ibuk yg masak.Aziz coba untuk masak walaupun ngk seenak masakan yg ibuk bikin😭😭 Alfatihah🤲 #fyp #alfatihah #ramadhantanpaibu #kangenibu #berbukadimakam #ompeee

♬ Sampai Jadi Debu (Menampilkan Gardika Gigih) – Banda Neira

Ramai turut rasa sebak lihat lelaki menangis di pusara ibu sambil berbuka puasa

Melihat di ruangan komen, ramai turut berasa sebak melihat Aziz yang terkenangkan ibunya. Malah ada yang mendoakan dia untuk menjadi seorang anak yang baik.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah melakukan perkara sama kerana rindukan insan tersayang.

Berikut adalah komen menarik daripada netizen:

“Dulu kita rasa kubur itu menyeramkan tapi bila ada orang tersayang di sana. Kita malah ingin selalu ke sana. Ayah bersemadilah dengan aman di sana. Al-fatihah”
“Hidup tanpa orang tua hampa”
“Rindu paling menyakitkan adalah rindu kepada orang yang sudah tiada tidak boleh dipandang, dan tak boleh dipeluk.”
“Kalau sudah kehilangan orang tua itu memang sepi rasanya, selalu teringat mereka berdua. Sekarang saya hanya boleh ziarah kubur dan kirimkan al-fatihah serta doa setiap kali solat. Semoga beliau berdua selalu bahagia di sisi Allah SWT.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.