fbpx
Now Reading
Awalnya Hanya Bergurau, Lelaki Betul-betul Kahwin Dengan Wanita Yang Pernah Dipanggil Isteri [Video]

Awalnya Hanya Bergurau, Lelaki Betul-betul Kahwin Dengan Wanita Yang Pernah Dipanggil Isteri [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran lelaki itu memanggil wanita berkenaan isteri sewaktu membuat pesanan makanan dan sekadar bergurau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Apabila bercerita mengenai kisah percintaan dan bagaimana satu pasangan boleh berkenalan pasti mereka yang mendengar akan merasakan kebahagiannya juga.

Malah pelbagai kisah cinta dapat kita dengari ada yang bermula dengan rasa tidak suka, hanya sekadar berkawan dan ada juga yang hanya bergurau.

Namun siapa sangka pertemuan itulah yang membuatkan satu pasangan saling mengenali dan akhirnya bernikah serta membina keluarga bahagia.

Mula bergurau, lelaki akhirnya bernikah dengan wanita dipanggil isteri

Perkara sama turut berlaku kepada seorang lelaki ini, apabila gurauannya kepada seorang wanita menjadi kenyataan sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Adan di TikTok, awalnya kelihatan dia bersama seorang wanita sedang berada di dalam kereta dipercayai sedang berada di pandu lalu sebuah restoran makanan segera.

Dalam video berkenaan kelihatan Adan membuat pesanan kepada staf yang sedang bekerja, namun apabila membuat pesanan buat rakan wanita itu dia dengan selamba bergurau mengatakan isterinya mahukan burger ikan.

Wanita tersipu malu selepas lelaki panggilnya isteri ketika buat pesanan

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan wanita berkenaan seperti tersipu malu serta tersenyum sebelum mencuit lelaki terbabit.

Namun siapa sangka gurauan memanggil wanita berkenaan isteri kemudiannya menjadi kenyataan apabila mereka benar-benar berkahwin.

“Siapa tahu dari main-main panggil isteri, dan akhirnya jadi begini,” katanya sambil menunjukkan momen di majlis persandingan mereka.

Majlis diraikan dengan meriah

Kelihatan majlis perkahwinan mempelai itu dirai dengan penuh meriah bersama aluan muzik klasik seperti chaklempong, gendang dan juga semboyan.

Pasangan itu turut memakai busana songket berwana putih di hari bahagia mereka. Majlis yang berlansung dengan tema klasik itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, sanak-saudara dan juga rakan terdekat.

Malah kelihatan wajah ibu bapa kepada kedua mempelai tersenyum bahagia melihat anak mereka.

“Olol-olok jadi kenyataan gitu,” kata Adan di ruang kapsyen.

Ada yang nak panggil pasangan suami atau isteri lepas ni agar jadi kenyataan

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan mungkin selepas ini mereka perlu memanggil pasangan suami atau isteri agar ia menjadi kenyataan.

Tidak kurang juga ada yang memuji majlis persandingan mereka begitu cantik dan mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina.

Ada juga meminta Adan untuk memberitahu andaman manakah yang diambil kerana mahukan majlis secantik pasangan itu.

“okay noted kena main-main panggil suami”

“Wedding awak cantik betul”

“Spill pelamin! cantik”

“Dia order tak pernah panggil saya isteri pun. Hmm patutlah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.