
Guru Kreatif Gubah Lagu Marhaban Ya Ramadan Untuk Subjek Matematik Raih Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pelajar mudah mengingati lagu yang digubah oleh guru berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui kerjaya sebagai seorang pendidik atau pun guru bukanlah perkara yang mudah.
Ini kerana mereka perlu mendidik anak bangsa yang kelak akan menjadi pemimpin, serta individu yang akan membentuk negara di masa akan datang.
Bukan hanya sekadar mengajar adakalanya para pendidik ini juga perlu menjadi kreatif dalam menyampaikan ilmu supaya mudah diingati dan difahami pelajarnya.
Guru gubah lagu Marhaban ya Ramadan untuk subjek Matematik
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang guru lelaki ini apabila dia mengubah lagu Marhaban Ya Ramadan kepada versi subjek matematik agar mudah diingati murid tahun dua.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nazmi Yunos di TikTok, awalnya kelihatan semua para pelajar berdiri di tempat masing-masing.
Sebaik sahaja cikgu itu mengatakan sedia dan mengira, semua pelajar tahun dua itu mula menyanyikan lagu untuk mereka mengenali nilai tempat.
“Sedia, okay. Satu, dua, tiga. ‘Sa puluh ratus, sa puluh ratus, sa puluh ratus, selepas ratus mestilah ribu, selepas ratus mestilah ribu. Inilah nilai tempat yang mesti saya ingat.'” nyanyi pelajar berkenaan.
Siap sambung nyanyi lagu asal
Malah mereka turut dilihat menyambung lagu tersebut dengan lagu asal yang menyebut ‘Ramadan tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba, marbahan ya Ramadan, marhaban ya Ramadan, marhaban ya Ramadan’.
Sebaik selesai menyanyikan lagu tersebut, mereka kemudian menepuk tangan untuk diri sendiri.
“Bukan Ramadan je tiba, tajuk Nilai Tempat pun tiba juga. Kebetulan tajuk ni ngam ngam dalam bulan Ramadan jadi kita jelamakan semula parodi ini untuk tahun 2025.
“Alhamdulillah, lagu ini membantu untuk memudahkan anak-anak murid untuk hafal nilai tempat.
“Kalau tak nyanyi macam ni, cikgu tunjuk nilai tempat dekat papan putih mereka (pelajar) akan nampak air sirap je waktu tengah berpuasa ni.”
@nazmihmy Ramadan Tiba! Ramadan Tiba! Ramadan Tiba!! Bukan Ramadan je tiba, tajuk Nilai Tempat pun tiba jugak.. Kebetulan tajuk ni ngam2 dalam bulan Ramadan.. jadi kita jelmakan semula parodi ni untuk tahun 2025 .. Alhamdulillah , lagu ni membantu untuk memudahkan anak-anak murid untuk hafal nilai tempat.. kalau tak nyanyi macam ni, cikgu tunjuk nilai tempat kat whiteboard dorang akan nampak air sirap je waktu tengah berpuasa ni.. 😂 #Matematik #Tahun2 #KPM #NilaiTempat #DidikHibur #Sekolah #LaguRamadan
♬ original sound – Nazmi Yunos – Nazmi Yunos
Ramai suka lihat kreativiti cikgu
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka dengan kreativiti cikgu berkenaan kerana lagu itu bakal diingati oleh mereka.
Malah ada juga yang berpendapat mereka juga boleh menggunakan lagu tersebut untuk mengajar anak di rumah.
“Pergh meletop video ni”

“Okay. Nanti nak pinjam lagu ni la”
