fbpx
Now Reading
Kontroversi Penyampai ERA: “Ia Tarian Entrance Muay Thai Miki Ghazali, Bukan Kavadi” – Peguam [Video]

Kontroversi Penyampai ERA: “Ia Tarian Entrance Muay Thai Miki Ghazali, Bukan Kavadi” – Peguam [Video]

Semakan kami turut mendapati gaya tarian yang dilakukan Pak Azad sememangnya satu cubaan untuk meniru rentak tarian atlet Muay Thai, Miki Ghazali sewaktu melakukan Ring Entrance.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Beberapa hari lalu kecoh di media sosial isu mengenai tiga orang penyampai radio Era FM yang didakwa mempersendakan upacara suci agama Hindu.

Menerusi video tular itu, salah seorang penyampai radio, Azad Jasmin (Pak Azad) dilihat sedang menari tarian yang didakwa seperti kavadi selain turut disertai dengan laungan ‘Vel! Vel!’ oleh seseorang yang berada di situ.

Isu tersebut menyebabkan Era FM dikritik hebat oleh sesetengah pihak sehingga ketiga-tiga penyampai iaitu Nabil Ahmad, Radin bersama Pak Azad terpaksa membuat permohonan maaf sehingga ke Batu Caves.

Astro Audio kemudiannya turut tampil memohon maaf dan menjelaskan ketiga-tiga penyampai radio berkenaan bersama dua kakitangan akan digantung sehingga diberitahu kelak.

Namun ada juga individu beragama Hindu yang meluahkan rasa bangga kerana tarian tersebut dilakukan oleh penyampai radio tersebut kerana ia menggambarkan Malaysia sememangnya sebuah negara yang ‘multi-racial’ justeru perkara itu tidak perlu diperbesarkan.

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Persenda Agama Lain: Astro Audio Mohon Maaf, Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jazmin & Radin

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan Persenda Agama Hindu: Saifuddin Puji Tindakan 3 Penyampai Radio EraFM Mohon Maaf

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Laungan, Ini Maksud & Kisah Sebenar Di Sebalik Laungan ‘Vel! Vel!’

Ia ‘Ring Entrance’ Miki Ghazali

Terbaharu, peguam terkenal, Mahmud Jumaat menjelaskan, tarian yang dibuat oleh Azad Jasmin bukankah tarian kavadi seperti yang didakwa segelintir pihak sebaliknya ia adalah ‘Ring Entrance’ yang dibuat oleh atlet Muay Thai, Miki Ghazali.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, apa yang berlaku hanyalah salah faham selepas meneliti secara mendalam tuduhan berkenaan.

Tegas Mahmud, beliau mempunyai empat sebab mengapa tarian yang dibuat oleh Azad bukanlah tarian kavadi.

“Dari gelek punggung hinggalah geleng kepala, itu sebiji (sama) macam tarian entrance Miki Ghazali. Background lagu dalam posting tersebut juga adalah lagu entrance Miki.

“Azad sendiri telah menyebut (tag) nama Miki Ghazali di media sosial dan berkata: ‘Kalau nak back up dancer boleh roger tau’.

“Tunjukkan kepada saya dalam tarian Kavadi ada tak ciri-ciri seperti di atas?”

Mahmud dalam hantaran sama turut berkongsi bukti-bukti bagi hujah yang diutarakannya.

Cubaan menari tarian Miki dengan lagu Paqueta

Semakan kami turut mendapati gaya tarian yang dilakukan Pak Azad sememangnya satu cubaan untuk meniru rentak tarian Miki sewaktu melakukan Ring Entrance sambil diiringi lagu Paqueta oleh DJ Kaio VDM and MC Rf yang mengandungi bait lirik berbahasa Portugis, ‘Balança o ombrin’, vai, vai Balança o ombrin’, vai, vai‘.

Buat mereka yang tidak mengikuti perkembangan Miki Ghazali atau kurang menonton perlawanan bola sepak antarabangsa pasti kurang mengetahui tentang tarian Paqueta yang sebelum ini dipopularkan oleh pemain bola sepak Brazil, Lucas Paqueta.

Mereka ketawa kerana tarian Pak Azad melucukan – Peguam Mahmud Jumaat

Tambah peguam itu lagi, Pak Azad bersama Nabil dan Radin bukan bergelak ketawa kerana perkataan ‘Vel Vel’ sebaliknya mereka terlebih dahulu sudah pun mentertawakan gaya tarian Pak Azad yang cuba mengikuti gerak langkah Miki Ghazali.

Bahkan beliau menegaskan Miki turut meninggalkan komen dalam posting video tersebut.

“Ketiga, siapa sangka Nabil ingin sebut Vel Vel masa hujung tarian tersebut. Namun, saya tidak rasa mereka semua ada niat untuk mempersendakan seruan Vel Vel tersebut kerana mereka telah lama terhibur dengan tarian Miki Ghazali yang ditiru oleh Azad. Kalau saya ada dekat situ pun saya tak tahan tengok muka Pak Azad dengan tarian entrance Miki Ghazali tu.”

Peguam, Mahmud Jumaat

Kenyataan ini dilihat agak ‘masuk akal’ memandangkan Era FM antara organisasi yang banyak mempromosikan Miki bahkan turut turun padang menyokong prodigy Muay Thai itu bertarung di gelanggang.

@era.je

Ramai betul lah eh fans @mikipapa_ kat sini. Tak pening ke awak @mikipapa_ pusing-pusing kepala macamtu. 😂 #sharERA #fyp

♬ original sound – ERA – ERA
@era.je

Replying to @aqilmotuang @mikipapa_ on fire guys, dia berjaya tewaskan lawan yang 10 tahun tua dari dia. Congrats @mikipapa_ ! 😍 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Penyampai Era FM patut jelaskan dahulu sebelum minta maaf

Beliau bagaimanapun berpendapat adalah lebih baik sekiranya penyampai-penyampai radio tersebut menjelaskan keadaan sebenar mengenai apa yang berlaku sebelum mereka terus memohon maaf.

Ini kerana perbuatan tersebut seolah-olah membuatkan mereka seperti berniat untuk menghina agama lain.

“Bagi saya permohonan maaf ini dibuat secara terburu-buru dan berlebihan apabila mereka terpaksa pergi sehingga ke Batu Caves untuk permohonan maaf.

“Sebab itulah, di mahkamah, kita kebiasaannya nasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf dan memberi peluang untuk jelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Apabila terus mengaku salah dan memohon maaf seolah-olah ia menunjukkan mereka memang ada niat untuk menghina dan mempersendakan agama Hindu.”

Tegasnya lagi, sudah cukuplah permohonan maaf yang dilakukan ketiga-tiga penyampai radio tersebut kerana mereka sudah melakukan yang terbaik.

“Betapa merendah dirinya mereka demi menjaga keharmonian pelbagai kaum di negara kita, terus buat permohonan maaf sejurus ditegur. Namun kesilapan mereka ialah permohonan maaf tidak disusuli dengan penjelasan perkara sebenar.”

Ada pihak panaskan isu ini

Perkara sama turut dibangkitkan beliau dalam satu video yang dikongsikan di TikTok. Malah Mahmud percaya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memanaskan isu ini.

@mahmudjumaat

PLOT TWIST KE ADA SALAH FAHAM 4 PERJARA YANG RAMAI TIDAK TAHU SEHINGGA ADA YANG HILANG PERTIMBANGAN #era #azad #nabil #hina #agama #fyp #viral #fypage

♬ original sound – Mahmud Jumaat. – Mahmud Jumaat.

Tonton video [DI SINI].

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.