fbpx
Now Reading
“Kita Semua Manusia Biasa” – Rakyat Malaysia Tak Kira Bangsa Beri Komen Positif Di Akaun TikTok Isteri Pak Azad

“Kita Semua Manusia Biasa” – Rakyat Malaysia Tak Kira Bangsa Beri Komen Positif Di Akaun TikTok Isteri Pak Azad

Segalanya bermula selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Shantini menyatakan dia menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh Azad selain memberi kata-kata semangat kepada penyampai radio itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai isu tiga penyampai radio Era FM iaitu Azad Jasmin (Pak Azad), Nabil Ahmad dan Radin yang didakwa telah mempersenda upacara agama Hindu.

Mereka bertiga kemudiannya dengan rendah diri dan penuh keikhlasan telah menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Meskipun tidak memberikan sebarang penjelasan, namun permohonan maaf mereka diselitkan dengan janji apa yang berlaku tidak akan berulang semula.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat memutar waktu memperbetulkan kesilapan lalu, namun kita sentiasa boleh memperbaiki diri di masa hadapan dan menjadi seseorang yang saling maaf-memaafi.

Tidak dinafikan juga, sifat sedemikian telah lama ada di dalam hati rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini.

Hantaran di akaun TikTok Eira Syazira dipenuhi komen positif

Seperti baru-baru ini, tular beberapa hantaran yang dimuat naik oleh isteri Azad Jasmin, Eira Syazira dipenuhi dengan komen-komen positif rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa termasuklah dari kaum Melayu dan India yang majoritinya beragama Hindu.

Segalanya bermula selepas Eira berkongsi gambar-gambar dia dan suaminya yang lengkap berpakaian tradisonal Jawa di akaun TikTok miliknya.

“Hidup adalah kidung, jiwa yang tenang adalah nadanya. Maka biarkan ia mengalun dengan irama yang akhirnya akan menjadikannya indah. Selamat berpuasa,” tulis Eira di ruangan kapsyen.

Foto: TikTok/eirasyaziraofficial

Wanita India titip kata-kata semangat buat Azad

Bagaimanapun, terdapat komen-komen positif yang diberikan oleh beberapa pengguna TikTok berbangsa India pada hantaran tersebut.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shantini menyatakan dia menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh Azad selain memberi kata-kata semangat kepada penyampai radio itu.

“Apa yang jadi telah pun terjadi, awak dah minta maaf. Kami terima kemaafan itu dari lubuk hati. Kita manusia sudah tentu akan membuat kesilapan. Semuanya akan baik-baik sahaja, tuhan sentiasa di sisi abang,” katanya.

Foto: TikTok/eirasyaziraofficial

Ruangan komen dipenuhi kata-kata positif kaum India

Komen Shantini itu dibalas oleh Eira menerusi satu lagi hantaran carousel di akaun TikTok miliknya berserta kapsyen ‘kadang, maaf lebih kuat dari benar’.

Hantaran yang dimuat naik itu kemudiannya mendapat pelbagai komen-komen positif daripada rakyat Malaysia terutamanya kaum India.

Kebanyakan mereka menyatakan telahpun memaafkan ketiga-tiga penyampai radio itu dan tidak mahu isu ini terus dibesar-besarkan lagi.

Lebih terharu lagi apabila ada yang menegaskan bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia yang harus terus bersatu hati dan tidak menyimpan sifat berdendam di antara satu sama lain.

Jelas, rakyat Malaysia masih lagi saling menghormati dan menyayangi di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga perpaduan yang kita pupuk sejak dahulu lagi ini terus kekal dalam diri rakyat Malaysia. 🥲

Kalau nak baca lebih banyak komen positif, korang boleh klik [DI SINI]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.