fbpx
Now Reading
“Cacamarba!” – Ramai Terhibur Lihat Warna Baju Raya 1 Keluarga Tak Sama Gara-Gara Beli Online [Video]

“Cacamarba!” – Ramai Terhibur Lihat Warna Baju Raya 1 Keluarga Tak Sama Gara-Gara Beli Online [Video]

Jelas wanita berkenaan, pada tahun ini dia sekeluarga memilih warna ‘Rich Brown’ sebagai tema Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pejam celik, pejam celik, dah masuk minggu kedua umat Islam menjalani ibadah puasa. Ini bermaksud hanya berbaki dua minggu sahaja lagi kita akan menyambut kehadiran bulan Syawal.

Bagi sesetengah orang, ada yang lebih senang memilih untuk membuat persiapan awal bagi menyambut lebaran.

Ada yang suka keluar mencari baju raya ke kedai namun ada juga yang lebih memilih untuk membeli secara dalam talian (online).

Namun, membeli secara online ada risikonya. Walaupun murah, kadangkala warna yang dipamerkan tidak sama dengan realiti disebabkan beberapa faktor seperti cahaya.

Pilih Tema Rich Brown Untuk Sedondon 1 Keluarga Tapi Yang Sampai Warna Lain

Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila hasratnya mahu sedondon dengan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba musnah gara-gara baju yang dibeli secara dalam talian berbeza warna.

Malah, bukan dia sahaja tetapi ahli keluarganya turut mengalami nasib yang sama.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @wannorfairuz, kelihatan Baju Melayu dan Baju Kurung miliknya serta ahli keluarga yang lain disusun sebaris bagi menunjukkan perbezaan warna tersebut.

Jelas wanita berkenaan, pada tahun ini dia sekeluarga memilih warna Rich Brown sebagai tema.

Apa yang menjadi perhatian adalah rona (tone) warna baju masing-masing langsung tidak sama walaupun dari kumpulan yang sama iaitu coklat.

Ada Coklat Terang, Ada Coklat Seakan Warna Kelabu

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat baju wanita berkenaan berwarna coklat seperti kayu manakala baju anaknya seakan-akan coklat keemasan.

Lebih mencuit hati, dua lagi baju anak perempuannya mempunyai tone warna coklat yang menghampiri warna kelabu manakala baju Melayu milik suaminya menyamai warna coklat gelap.

“Masalah beli dekat kedai dalam talian. Cacamarba. Aduh, hang (awak) tengok koko (coklat) dia, Astaghfirullahaladzim,” katanya dalam ketawa.

Malah, dia berseloroh meminta pendapat pengikutnya sama ada dia perlu membeli baju yang lain dek kerana warna baju yang berbeza.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terhibur, Ada Yang Turut Alami Nasib Sama

Video yang telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat rona warna baju raya wanita berkenaan serta ahli keluarga lain dilihat amat berbeza apatah lagi ketika mendengar gelak ketawanya.

Malah, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman serupa berhadapan situasi sama di mana tone baju raya satu keluarga berbeza gara-gara membeli dalam talian.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Koko Belum Masak, Koko Hampir Masak, Koko Dah Masak, Koko Terlebih Masak Ni”

“Kau Nak Tema Warna Apa Kak, Aku Pun Confused”

“Sebab Tu Malas Nak Beli Online Kalau Baju Warna Muda-Muda, Selamat Saya Beli Baju Biru Gelap, Sampai Semua Sama”

“Samalah Dengan Kita, Beli Dekat TikTok, Sekali Warna Berbeza”

“Sama Macam Akak Tahun Lepas, Pesan Emerald Green Tapi Yang Sampai Macam-Macam Hijau, Bayangkan”

Baca Artikel Berkaitan: “Jadi Sesumpah Raya Nanti” – Suami Pasrah Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dinding Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Ini Baju Raya Bawah RM200 Buat Kaum Wanita Sebagai Persediaan Aidilfitri, Memang Murah!

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Menu Rahmah, Kini Baju Raya Rahmah Pula Bakal Diperkenalkan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.