
Pemuda Spontan Sertai Busker Nyanyi Lagu Zapin Bunga Hutan Di Tempat Awam Dipuji Ramai [Video]
Menerusi video, kelihatan lelaki dikenali sebagai Amirul menyanyi dengan penuh bersahaja bersama dengan kumpulan muzik berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lagu klasik yang membawa irama Melayu merupakan seni yang menonjolkan identiti budaya etnik majoriti di Malaysia itu.
Malah lagu klasik ini juga turut terbahagi kepada beberapa jenis antaranya adalah lagu zapin dan banyak lagi.
Lagu klasik seperti ini bukan sahaja menunjukkan keunikan irama Melayu sebaliknya ia turut dimainkan dengan menggunakan alat muzik tradisional tempatan seperti kompang, rebana dan sebagainya.
Nyanyi lagu klasik Melayu ketika berada di Bukit Bintang
Baru-baru ini, seorang lelaki turut menjadi perhatian apabila dia secara spontan menyanyikan lagu Zapin Bunga Hutan sewaktu berada di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerus video yang dikongsikan oleh Amirul di TikTok, dia dipercayai sedang bersiar di kotaraya berkenaan bersama rakan sebelum terlihat sekumpulan pemuzik yang berada di jalanan.
Dalam video berkenaan kedengaran pemuzik itu memainkan lagu klasik berkenaan, Amirul yang menyedari perkara itu secara spontan kemudiannya menyertai dengan menyanyi lagu tersebut.
Turut menari bagi memeriahkan suasana
Bukan sekadar menyanyi, Amirul turut menari bersama salah seorang pemuzik yang memain alat muzik seruling untuk memeriahkan suasana.
Malah apa yang lebih menarik perhatian suara Amirul juga kedengaran merdu.
Pemuzik jalanan tersebut juga dilihat selesa apabila Amirul ikut serta menyanyi bersama dengan mereka.
Kelihatan antara alat muzik yang dimainkan adalah violin, seruling, gendang, harmonium, dan juga gitar.
Sememangnya menyanyi di beberapa majlis
Menerusi semakan kami di beberapa video yang dikongsikan oleh Amirul, kelihatan dia sememangnya aktif menyanyi di majlis tertentu.
Amirul juga dilihat seorang penyanyi versatil di mana boleh membawa pelbagai jenis lagu seperti balada, tradisional dan banyak lagi.
Dalam temubual bersama BuzzKini, Amirul memaklumkan dia seorang pelajar muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak dan kini berada di tahun akhir.
Katanya ketika itu dia kebetulan berada di kawasan berkenaan dan tahu mengenai lagu yang dimainkan oleh pemuzik. Dia kemudian mengambil kesempatan untuk memeriahkan lagi suasana.
@ayulodeng tolong guys sape kenal band ni, tolong penuhkan ruangan komen🥹bantu saya guyss!!!#fyp #traditional #bungahutan @karmadae(๑>◡<๑) terima kasih camgurlll📸
♬ original sound – 𝕬𝖒𝖎𝖗𝖚𝖑 – 𝕬𝖒𝖎𝖗𝖚𝖑
Ramai puji suara Amirul sedap dan merdu
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji Amirul pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu.
Tidak kurang juga ada mengulangi video tersebut kerana begitu gemar mendengar Amirul menyanyi bersama kumpulan berkenaan.
Ada juga yang sempat berseloroh dengannya apabila menyedari dia memakai beg sandang yang hampir putus dan disambungkan dengan penggunakan pin sahaja.
Perkara itu membuatkan si ibu kemudian mengatakan mahu membelikan beg sandang baru untuk anaknya.
“Pandai abang tu nyanyi, padahal dia hanya pengunjung je. Lagu Zapin Bunga Hutan.”

“Busking lagu irama Melayu di tengah kota metropolitan memang agak rare. Teruskan anak muda, perkenal tradisi Melayu ke dunia luar, jangan malu-malu.”

“Suka melihat generasi muda sekarang memperkasakan budaya Melayu”

“Ini kalau pakai baju Melayu siap bertanjak memang lagi gempak dah macam tengok filem lama.”
