
Reaksi Wanita Sebak Lihat Kehadiran Suami Selepas Sebulan Berjauhan Buat Ramai Tersentuh [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan isteri menangis sebaik melihat kelibat suami datang selepas dia melalui pelbagai cabaran pada hari berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isteri bukan sekadar peneman, malah mereka juga seorang yang akan sentiasa menyokong dan menasihati setiap keputusan dibuat oleh suaminya.
Namun tak dinafikan ada juga segelintir isteri yang tidak dapat sentiasa bersama suami tersayang disebabkan kerjaya sehingga terpaksa berjauhan.
Meskipun tahu ia bukan perkara mudah namun demi ekonomi keluarga dan kerjaya, mereka sanggup hidup dengan meneruskan hubungan jarak jauh (long distance relationship).
Isteri sebak sebaik lihat kelibat suami selepas sebulan berjauhan kerana bekerja
Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Amirul Syaqir berkongsi situasi hubungan jarak jauh yang dirasai olehnya dan isteri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan isteri bersama anaknya sedang berada di stesen kereta api KTM Nilai.
Tidak lama kemudian, kelihatan si suami keluar daripada pagar stesen berkenaan untuk mendekati isterinya.
Anak sedar kehadiran bapa, sempat melambai
Kelibat Amirul itu disedari oleh anaknya, malah kelihatan si kecil itu melambai-lambai ke arah bapanya.
Manakala isteri Amirul yang berada di hadapan si kecil itu awalnya tidak menyedari kehadiran suami sehinggalah sosok tubuh lelaki tersebut benar-benar berada di depannya.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si isteri terkejut dan sebak sebelum menangis di hadapan suaminya.
Siap bawa bunga untuk isteri
Turut kelihatan si suami begitu romantis apabila membawa sekuntum mawar merah buat isteri tercinta.
Di ruang kapsyen, Amirul memaklumkan mereka baru sahaja sebulan bergelar pasangan LDR selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
“Dia menempuh pelbagai cabaran pada hari ini, kena kerja lebih masa, terlepas bas, terlepas kereta api dua kali. Sempat memandu dari Kota Bharu, Kelantan ke Nilai untuk memastikan saya sentiasa di sisinya,” kata Amirul.
@amirulsyaqir28 Cukup sebulan LDR lepas 4 tahun kahwin. She had a rough day, kena overtime, terlepas bas, terlepas train 2 kali. Sempat drive dari KB ke Nilai to make sure that I’ll always by her side 🥰 miss you sayang 🥺
♬ original sound – Amirul Syaqir – Amirul Syaqir
Ramai yang sebak lihat reaksi isteri
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat reaksi isteri Amirul yang menangis sebaik melihat kelibat suaminya.
Malah ada yang mengatakan hubungan jarak jauh sememangnya tidak mudah dan banyak cabarannya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman terpaksa berhenti kerja selepas tidak sanggup berjauhan dan perlu menguruskan anak seorang diri.
“15 tahun berjauhan, saya cikgu suami kerja offshore”

“Penang- Negeri Sembilan, masih berfikir sampai bila nak berjauhan. Kena kuat jelah”

“Saya pun berjauhan, ada satu momen yang saya rasa saya tak boleh dengan anak saya. Bila dia bangun tidur, bangun dan panggil mommy, cari mommy. Sedangkan mommy dia kerja di KL. Saya dengan anak di Kelantan”

“Bang, jaga isteri baik-baik. Saya doakan segala kesusahan semasa berjauhan diganti dengan kebahagian.”
