
[Review] Best Ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam? Ini Hasil Terjahan Kami
Berdasarkan tinjauan kami, boleh dikatakan Bazar Ramadan Stadium Shah Alam ini ada semuanya yang korang inginkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya Ramadan, sudah pasti suasana yang akan dilalui oleh umat Islam akan berbeza berbanding bulan-bulan yang lain.
Hal ini kerana di bulan Ramadan sahajalah kebanyakan umat Islam akan bertarawih di masjid, berbuka puasa beramai-ramai dan mengunjungi bazar Ramadan mencari juadah iftar.
Bercerita soal bazar Ramadan pula, terdapat ribuan bazar yang ada di Malaysia dan salah satunya adalah Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.
Bazar Ramadan Stadium Shah Alam popular setiap tahun
Meskipun Stadium Shah Alam hanya tinggal kenangan selepas ia dirobohkan, namun bazar Ramadan di sana masih ada dan menjadi antara yang popular di negeri Selangor pada setiap tahun.
Malah, ia juga antara bazar Ramadan yang terbesar dengan kira-kira lebih 200 gerai yang menjual pelbagai juadah berbuka bermula daripada makanan dan minuman hinggalah pencuci mulut seperti kuih muih.
Team BuzzKini pada Khamis lalu (6 Mac), turut berkesempatan menerjah bazar Ramadan ini untuk melihat sendiri kemeriahannya selain membeli juadah berbuka.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke bazar, hidung kami terus disapa dengan bau aroma masakan dan makanan. Rambang mata kami dibuatnya melihat pelbagai jenis makanan dan minuman yang ada.

Jadi, apa yang ada di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam?
Pelbagai jenis makanan dari citarasa tempatan’ hingga ‘western’, antaranya adalah:
Jika anda pengemar makanan arab, jangan risau, Chef Ammar masih setia membuka gerainya di sini seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bukan hanya Chef Ammar, terdapat beberapa gerai lain yang menjual makanan Timur Tengah. Kami sendiri sempat membeli shawarma dan kebab yang ada di sini.

Selain makanan Arab, ade juga pilihan lain macam nasi ayam, nasi tomato, nasi kandar, nasi kerabu, nasi berlauk dan macam-macam lagi.
Nasi Kerabu Moknab ni antara gerai yang paling ramai orang beratur tau, kalau korang datang ke sini boleh cuba rasa makanan Pantai Timur ini.

Bagi korang yang mungkin ingin makanan selain dari nasi, dekat Bazar Ramadan Stadium Shah Alam ini pun ada kuetiau goreng, mi kari, bihun sup, bahkan makanan ‘western’ seperti spaghetti, mac and cheese. chicken chop pun ada di sini.

Pelbagai minuman yang ada, rambang mata lihat balang-balang air:
Mungkin ada yang mengutamakan makanan ketika berpuasa, namun bagi sesetengah orang seperti kami pula, ujian terberat adalah menahan diri daripada dahaga, bayangkan dengan cuaca panas, sudah pasti tekak pun akan berasa kering.
Di bazar Ramadan ini, terdapat pelbagai jenis minuman, daripada yang biasa, jus buah-buahan hingga minuman berasaskan ‘yogurt’ yang dijual oleh penyanyi Asfan Shah bersama YouTuber AI Sulong.
Hasil tangkapan kami – Makanan Timur Tengah dan Kedah
Hasil menawaf, kami akhirnya membeli kebab(RM6), shawarma (RM5), nasi kalut (RM11), nasi ayam hainan (RM9) dan teh hijau (RM6).
Kami berpendapat, nasi ayam hainan daripada gerai Nasi Ayam KP adalah yang terbaik bagi makanan utama, manakala makanan sampingan terbaik pula adalah kebab.

Kesimpulannya, boleh dikatakan Bazar Ramadan Stadium Shah Alam ini ada semuanya yang korang inginkan.
Tapi ingat, jangan terlalu ikut nafsu, cukup sekadar beli apa yang perlu sahaja untuk elak daripada berlaku pembaziran di bulan yang mulia ini.