
“Suka Vibes Ni!” – Ramai Teruja Non-Muslim Sertai Sesi Buka Puasa Di Dataran Putrajaya [Video]
Menerusi video tular, kelihatan sekumpulan individu bukan Muslim itu sedang berkumpul menunggu azan Maghrib bersama umat Islam yang lain untuk berbuka puasa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lain daripada negara lain, Malaysia mempunyai kelebihannya tersendiri apabila penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik, bangsa, kaum dan agama yang berbeza.
Kepelbagaian diversiti ini membuatkan masyarakat boleh mempelajari benda baharu dan budaya sesuatu bangsa tersebut. Sebagai contoh pada bulan Ramadan ini, umat Islam dilihat sedang menunaikan ibadah puasa mereka.
Bukan sahaja para Muslim, malah ramai juga individu beragama lain mahu menyahut cabaran dan cuba untuk berpuasa dan menahan diri daripada dahaga, lapar dan berkata kesat.
Ramai Rakyat Malaysia Berkumpul Di Dataran Putrajaya Untuk Iftar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kira_4nine) menyaksikan suasana yang meriah di Dataran Putrajaya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan orang ramai sedang berkumpul dan duduk di kawasan padang untuk berbuka puasa bersama-sama.
Dalam klip sama, kelihatan mereka semua sedang menyediakan juadah makanan dan minuman yang dibawa serta dibeli dari bazar Ramadan. Malah, pengunjung juga tidak lupa membawa tikar masing-masing untuk duduk dalam keadaan lebih selesa di sana.
Sekumpulan Non-Muslim Sertai Sekali Sesi Berbuka Puasa
Pun begitu, perkara yang mencuri perhatian adalah sesi iftar tersebut bukan sahaja diimarahkan oleh umat Islam di negara ini, bahkan juga golongan bukan Muslim.
Lebih mengharukan apabila mereka tidak terus makan tetapi menunggu azan Maghrib seperti yang lain bagi menghormati bulan barakah ini.

Dalam video sama, kelihatan seorang wanita berbangsa Cina sedang merakam momen berbuka puasa itu seolah-olah teruja dapat berkumpul bersama untuk menjamu selera.
Menurut pengendali akaun TikTok dikenali sebagai Kira, dia mengajak kenalan non-Muslimnya bagi berbuka puasa sekali bagi memupuk perpaduan yang harmoni di kalangan rakyat Malaysia.
“Saya cipta momen ni sebab saya sayang Malaysia. Tolong jangan membenci, sayanglah antara satu sama lain,” ujar Kira di ruangan komen.
@kira_4nine Kita satu bangsa kita satu negara, jangan la bergaduh sesama . Kita anak malaysia 🇲🇾 #fypシ゚ #anakmalaysia #melayu #cina #india #sayangmalaysia🇲🇾 #malaysiamadani #ramadan ♬ original sound – G x Gunalan – GforGunalan
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid
Ramai Terharu Lihat Perpaduan Di Antara Rakyat Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat rakyat Malaysia yang begitu harmoni kerana berbuka puasa bersama tidak kira bangsa.
“Seronok bila tengok semua bangsa bersatu dan saling meraikan Ramadan bulan yang baik ni,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga memberi nasihat kepada masyarakat supaya tidak sesekali melakukan provokasi yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.
“Kita rakyat biasa boleh je hidup dalam keadaan majmuk. Tapi ada segelintir yang asyik nak timbulkan isu. Semoga kita semua belajar sesuatu perkara baik dari bangsa lain,” luah seorang individu.
Sementara itu, ada juga warganet yang lain berkongsi pengalaman mereka berbuka puasa dengan umat Islam lain sebelum ini.
“Kami ada sesi iftar dengan kawan-kawan Muslim pada setiap tahun. Kita bersiap (pakai baju bersesuaian) sehabis yang boleh,” kata seorang wanita.


















Wanita Non-Muslim Terharu Lihat Suasana Berbuka Puasa Di Masjid
Sebelum ini, satu momen lebih kurang sama juga ada berlaku di mana seorang wanita non-Muslim berkongsi keterujaannya apabila pertama kali berbuka puasa di masjid bersama rakannya yang beragama Islam.
Dalam video tular, dia memaklumkan bahawa ini adalah hari ketiganya berpuasa, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Menjelang waktu petang, dia telah menziarahi masjid untuk berbuka puasa bersama rakan Muslimnya yang lain.

Wanita tersebut beranggapan bahawa tempat ibadah itu sangat teliti dalam memastikan setiap pengunjung yang datang berbuka puasa akan pulang dengan perut yang kenyang.
“Saya berasa sangat diberkati dengan makanan di sini. Ia terasa seperti limpahan kasih sayang mengalir ke dalam hati. Rakan-rakan saya berkata, inilah kebahagiaan dan kesyukuran,” kata wanita berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Bangsa Cina Teruja Dapat Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Muslim Di Dataran Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen