
Hiasan Ramadan & Raya Di Sunway Putra Mall Raih Pujian, Siap Ada Replika Kuih-Muih [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa kuih tradisional yang sering menjadi pilihan orang ramai ketika puasa dan juga hari raya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali tibanya musim perayaan, pasti kebanyakan pusat membeli-belah tidak akan melepaskan peluang untuk menghiasi ruangan dalam bangunan berkenaan dengan dekorasi raya.
Malah segelintir pusat membeli-belah tidak hanya menghiasi dengan tema perayaan tersebut sebaliknya turut cuba membawa elemen perayaan yang disambut agar dapat dirasai para pengunjung.
Lebih menarik lagi, spot itu akan menjadi kawasan tumpuan orang ramai untuk mengambil gambar dan sebagainya.
Lelaki kongsi dekorasi raya di Sunway Putra Mall
Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi dekorasi yang dilakukan oleh sebuah pusat membeli-belah yang dimiliki Sunway Group di Kuala Lumpur sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Farhan Baharin di TikTok, kelihatan pusat membeli-belah Sunway Putra Mall tampil dengan kelainan apabila menonjolkan kuih-muih tradisional sebagai tema dekorasi Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini.
Tampil dengan konsep kuih-muih tradisional
Dalam video berkenaan, kelihatan pinggan besar (cake stand) bersaiz dua tingkat telah menghiasi ruang tengah pusat membeli belah berkenaan.
Kelihatan pinggan berkenaan dihiasi dengan pelbagai kuih muih berwarna warni seperti:
- Kuih Puteri Ayu
- Bahulu
- Kuih Lapis
- Kek Lapis
- Biskut Samprit
Selain itu turut kelihatan terdapat kuih ros atau juga dikenali sebagai kuih goyang yang diletakkan di bahagian bawah pinggan.
Menerusi video tersebut pusat membeli belah berkenaan turut memamklumkan dekorasi terbabit masih lagi belum siap sepenuhnya.
Kelihatan juga beberapa pondok kecil yang dipercayai mungkin akan menjadi gerai kecil untuk para peniaga untuk berada di kawasan terbabit.
“Weh comel kuih besar gedabak,” tulis Farhan.
Turut kongsi hiasan dekorasi di pusat membeli-belah lain sekitar Lembah Klang
Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan oleh Farhan, kelihatan dia turut meninjau hiasan di pusat membeli-belah lain sekitar kota raya seperti:
- One Utama
- Times Square
- Sunway Velocity
@farhanbaharin Wehh comel kuih besar gedabak 😆 #raya2025 #hariraya #raya #decoration #sunway #sunwayputramall #kualalumpur #fyp
♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
@farhanbaharin 1 Utama did not come to play 🤩 #raya2025 #hariraya #raya #decoration #1utama #fyp
♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Ramai yang teruja lihat hiasan kuih muih
Melihat di ruangan kapsyen, ramai yang teruja melihat dekorasi dilakukan pihak pengurusan Sunway Putra dan menyifatkan ia cantik serta lain daripada yang lain.
Tidak kurang ada yang berseloroh akan terasa lapar sekiranya terlihat kuih berkenaan di siang hari disebabkan sedang berpuasa.
Ada juga berpendapat kuih-muih yang ditunjukkan membuatkan mereka merasai suasana hari raya yang sebenar.
Malah ada yang turut memuji dekorasi itu turut dilengkasi dengan kertas doiley yang sering digunakan untuk meletak kuih di dalam balang atau ketika menjamu orang ramai.
@farhanbaharin Apa rumah kampung? Aku bagi satu kampung terus 🤩 #raya2025 #hariraya #raya #decoration #kualalumpur #kualalumpur #fyp #berjayatimessquare
♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
“Selalu complaint dekorasi raya tak menarik, tahun ni ambil kau semua, bombastic.”

“Weh kuih-muih, baru vibes raya”

“Kreatifnya ada kerta lapik kuih yang putih dekat lantai tu”

“Ni kalau pergi time macam ni, time puasa ni. Kita tengok kuih tu pun nampak sedap.”
