fbpx

Peniaga Jual Murtabak Dengan Isi Selambak Buat Ramai Nak Beli [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pekerja meletakkan isi yang begitu banyak sebelum melipat doh martabak berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali tiba bulan Ramadan, terdapat beberapa makanan yang popular serta sering dicari oleh orang ramai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Sebagai contoh apabila tiba sahaja bulan puasa ramai yang akan mencari kuih tepung pelita, roti john, air katira, martabak dan banyak lagi.

Malah jika berkunjung di mana-mana bazar ramadan pasti ini merupakan salah satu gerai yang mempunyai ramai pelanggan beratur untuk membeli makanan berkenaan.

Murtabak isi selambak raih perhatian ramai

Baru-baru ini, seorang peniaga martabak di Jerantut, Pahang telah menarik perhatian ramai kerana juadahnya yang mempunyai kelainan berbanding di tempat lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Nadeamart di TikTok, kedai itu dikenali sebagai Murtabak Jerantut Ferry, tidak kurang ada yang menggelarnya murtabak feri.

Dalam video tular berkenaan, kelihatan pekerja yang sedang membuat martabak itu meletakkan isi yang begitu banyak ke atas doh roti sebelum melipatnya.

Sebaik ia dilipat, pekerja berkenaan kemudian membentuknya dengan baik sebelum mengangkat doh berkenaan agar ia tidak terkoyak dan menyebabkan isi jatuh.

Tidak lama kemudian, kelihatan dia meletakkan martabak yang dibuat ke atas pan panas untuk dimasak.

Isi martabak begitu tebal

Di atas pan tersebut kelihatan banyak martabak yang mempunyai saiz sama dan kelihatan ia begitu tebal.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan kelihatan pekerja menunjukkan inti yang diletakkan dalam murtabak terbabit selepas ada yang bertanya adakah ia dipenuhi bawang dan kobis.

Letak banyak daging, bawang dan telur

Menerusi video dikongsikan pekerja menunjukkan dia meletak sebanyak dua senduk isi daging, dua senduk bawang, dan dua biji telur yang digunakan untuk satu hidangan martabak.

Kesemua bahan-bahan itu kemudiannya digaul bersama sehingga sebati sebelum diletakkan di atas doh untuk dimasak.

Turut kelihatan dalam sehari, peniaga menjual martabak dalam kuantiti yang begitu banyak mungkin kerana mendapat permintaan tinggi dari pelanggan.

“Jika ditanya apa spesial murtabak Jerantut ini? Jawapannya satu je murtabak ini dibuat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran,” katanya di ruangan kapsyen.

@nadeamart

Jika ditanya, Apa special murtabak jerantut ini? Jawapannya satu je “Murtabak ini dibuat dengan penuh keikhlasan dan kesabaran”.. Setuju tak? #nadeamart #berbukapuasa #fyp #temerloh #Ramadan #murtabakviral #jerantut

♬ original sound – Nadea Mart – Nadea Mart
@nadeamart

Replying to @🇲🇾 M E E R A 🇵🇸 alhamdulilah rezeki yang allah beri ini untuk dikongsi bersama..Sebenarnya murtabak jerantut ni banyak permintaan inilah rahsianya..Berniaga sambil sedekah #nadeamart #berkongsirezeki #berbukapuasa #temerloh #foodpanda #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #murtabakviral #jerantut #Ramadan

♬ original sound – Nadea Mart – Nadea Mart

Ramai nak beli martabak, sanggup bayar mahal kerana isi banyak

Melihat di ruangan komen, ramai yang ingin mencuba martabak berkenaan kerana teruja melihat isi yang banyak.

Pihak Nadea Mart turut memaklum disebabkan saiz yang besar dan tebal, martabak itu mengambil masa yang sedikit lama untuk dimasak. Dia juga menyifatkan ia boleh dimakan lebih 4 orang.

Tidak kurang juga ada yang membezakannya dengan mengatakan kebiasaannya martabak yang dijual di tempat lain begitu nipis, is tidak banyak namun mempunyai harga yang mahal.

Di ruangan komen, Nadea Mart turut memaklumkan harga bagi sekeping martabak adalah RM18 sahaja.

Ada juga mengatakan mereka sanggup membayar harga yang mahal asalkan ia sedap dan berpatutan dengan saiz dan sebagainya.

Malah ada yang sanggup membeli martabak yang telah dibekukan memandangkan mereka tinggal di kawasan jauh namun masih ingin merasainya.

“Ni baru betul martabak, selalunya senipis A4.”

“Semalam beli martabak dalamnya penuh bawah je. Isinya sekelumit ayam pun tak ada.”

“Wuu penah makan sini dulu, memang puas hati. Kalau betul-betul lapar dicadangkan makan sini. Saya dulu siap bawa balik Kuala Lumpur makan dalam kereta.”

“Adoi rindunya terngiang-ngian rasanya. Sedap..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.