
Ramai Puji Wanita Sudi Suap Aunty Sakit Terlantar Makan Ketika Lawat Kakak Di Hospital [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita berkenaan menyuapkan makanan yang ada di atas meja kepada aunty berkenaan selepas dia mengadu lapar ketika melawat kakaknya di Hospital Seremban.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malaysia merupakan negara yang masyarakatnya hidup bercampur dengan budaya dan etnik bangsa lain.
Malah perkara itu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan sering menjadi inspirasi ramai kerana masyarakatnya dapat hidup dalam keadaan harmoni.
Meskipun berlainan budaya, agama serta bangsa namun masyarakatnya sentiasa mengamalkan sikap bantu-membantu antara satu sama lain.
Ramai suka lihat wanita bantu aunty makan ketika melawat di hospital
Baru-baru ini, seorang wanita turut menjadi perhatian disebabkan sikap murni dan terpujinya melayan seorang pesakit warga emas.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @takuyabenjamin di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk melawat kakak.
Sebaik berada di sana, terdapat seorang pesakit wanita warga emas berbangsa Cina yang berada di sebelah katil kakak telah memanggilnya.
Aunty minta wanita tolong suapkan kerana lapar
Aunty tersebut kemudiannya memaklumkan yang dia berasa lapar serta meminta agar wanita berkenaan membantu untuk menyuapnya makanan.
Tanpa menyoal banyak, wanita itu kemudian segera datang membantu menyuapkan makanan kepada aunty tersebut.
Jururawat turut memaklumkan bahawa anak kepada aunty berkenaan baru sahaja pulang selepas melawat ibunya.
Video yang dikongsikan itu secara tidak langsung menunjukkan keharmonian di antara masyarakat di Malaysia.
Malah tindakan saling membantu antara satu sama lain juga dilakukan secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
@takuyabenjamin #trendingvideo #1malaysia yg gaduh2 dalam tt ni pasal perkauman, percayalah.. kami kat luar baik2 sahaja🫰🏻
♬ bunyi asal – 🎖️💙ɪɑʍ_Qɑɦ💛🌈💎 – 🎖️ɪɑʍ_Qɑɦ💎
Ramai puji tindakan wanita bantu tanpa mengira bangsa
Melihat di ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Mr Bu yang dipercayai anak kepada aunty tersebut turut mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudah membantu ibunya.
Wanita itu kemudian menjawab, “Kita semua adalah keluarga.”
Tidak kurang juga ada yang berasa sebak melihat video berkenaan atas usaha baik wanita itu membantu warga emas terbabit.
Video tersebut turut menarik perhatian bangsa lain dan mengucapkan terima kasih atas sikap prihatin yang ditunjukkan. Malah ramai yang menabik hormat dengan apa yang dilakukan.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama pernah membantu pesakit lain ketika berada di hospital.
“Terima kasih kak ini mak saya. Berjuta terima kasih kak”

“Saya pernah jadi pesakit yang tolong jiran katil sebelah pesakit makcik Melayu, India, Cina suap makan. Pakai lampin, pimpin tangan ke tandas. Saya je orang muda yang ada kudrat lagi walaupun sakit.”

“Terbaik cik, kemuliaan dan jasa baik hanya Tuhan yang Maha Besar dapat membalas segalanya. Terima kasih cik, salute dan respect”
