
Gelagat 4 Beradik ‘Cergas’ Balik Rumah Demi Tolong Ayah Pulang Dari Meniaga Raih Pujian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan empat beradik itu sudah tahu peranan masing-masing dan apa yang perlu dilakukan apabila ayah pulang dari berniaga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap ibu bapa yang mempunyai anak pastinya ingin anak-anak mereka menjadi orang soleh dan berjaya di dunia serta akhirat.
Bukan hanya itu, mereka juga mahu anak yang dibesarkan menjadi seorang sopan, berguna kepada bangsa dan negara serta banyak lagi.
Malah ramai yang mengatakan jika inginkan anak yang soleh, baik dan mendengar kata ia perlulah bermula di rumah dan kelak ia akan menjadi keperibadian mereka.
Ibu kongsi gelagat anak segera pulang sebaik ayah balik dari berniaga
Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi gelagat empat orang anak lelakinya yang dilihat berlari-lari pulang ke rumah sebaik melihat bapa mereka balik daripada berniaga.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aslindadikin di TikTok, awalnya kelihatan anak lelaki berusia sekitar 15 ke 16 tahun dengan pantas masuk ke dalam rumah.
Tidak lama kemudian ia diikuti oleh tiga orang lagi adiknya, namun apa yang menjadi perhatian mereka masuk ke rumah seperti mengikut turutan dari yang paling tua hingga ke paling muda.
Sebaik ayah pulang, adik-beradik ini terus keluar dan bantu angkat barang berniaga keluar dari van
Selang beberapa ketika, kelihatan ayah pulang daripada berniaga dengan membawa van berwarna merah.
Si ayah kemudian memarkir kenderaan yang digunakan untuk berniaga itu di dalam rumah. Tidak lama selepas itu, kelihatan empat beradik itu segera keluar dari rumah dan menuju ke van terbabit.
Semua tahu peranan masing-masing
Apa yang menyentuh perasaan, mereka dilihat segera keluar dan membuka pintu van untuk membantu si ayah mengeluarkan barangan berniaga.
Malah kelihatan seperti mereka semua mengetahui tugas dan peranan masing-masing dalam melakukan proses mengemas.
Si abang akan mengeluarkan tong gas dan barangan berat, manakala adik yang lain membawa barangan yang ringan untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
Ada juga yang menyusun selipar di luar rumah agar kediaman didiami mereka kelihatan tersusun dan kemas.
Dilihat seronok walaupun perlu bantu ayah
Meskipun perlu membantu ayah, namun mereka kelihatan seronok dan saling bergurau antara satu sama lain sewaktu menjalankan kerja-kerja itu.
“Tengah syok main dekat luar sekali ayahnya balik dari niaga,” tulis Aslindadikin.
@aslindadikinn #CapCut gelagat anak2 😂
♬ original sound – aslindadikinn – aslindadikinn
Menerusi semakan kami dalam beberapa video yang dimuat naik, kelihatan bapa kepada anak-anak ini membuka gerai menjual kebab di bazar Ramadan di hadapan Econsave, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Manakala pada hari Ahad pula dia membuka gerai di Pasar Malam Rantau, Negeri Sembilan.
Selain mengeluarkan barangan selepas ayah selesai berniaga, mereka juga akan menyediakan dan memasukkan barangan tersebut ke dalam van sebelum ayah keluar berniaga.
Ramai suka lihat gelagat adik-beradik dan sifatkan ibu bapa mereka telah didik anak dengan baik
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kedua ibu bapa ini dan menyifatkan mereka telah berjaya mendidik anak-anak dengan baik.
Bukan hanya itu, ada yang menyifatkan mereka juga ibu bapa yang paling beruntung kerana mempunyai anak yang baik serta bertanggungjawab.
Ada juga berpendapat itu adalah kekayaan yang sebenar, kerana mereka hidup dalam keadaan bahagia dengan apa sahaja rezeki diberikan oleh Allah SWT.
“Menolong ayahnya dengan ikhlas disertai gelak ketawa mereka adik-beradik hingga tidak merasa penat. Semoga keluarga ni selalu dilindungi Allah SWT dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..”

“Nak tahu apa itu kaya, ini lah erti kekayaan sebenar. Semoga keluarga ini sentiasa diberkati dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.”

“Pandai pula lari ikut umur. Mula dengan abang sulung last sekali bongsu”

“Keluarga ni macam keluarga zaman 90-an. Masih lagi seronok dengan cara sendiri, tak semestinya dengan ada gadget hidup mereka seronok.”
