fbpx
Now Reading
“Go Higher” – Mat Salleh Buat Teh Tarik Siap Bawa Barang Dari Malaysia Untuk Keluarga Di UK [Video]

“Go Higher” – Mat Salleh Buat Teh Tarik Siap Bawa Barang Dari Malaysia Untuk Keluarga Di UK [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, pasangan itu turut menggunakan barangan dari Malaysia seperti serbuk teh Boh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Malaysia merupakan negara yang unik di mana masyarakatnya hidup berbilang bangsa, budaya, dan agama.

Malah mereka juga saling menghormati antara satu sama lain dan membuatkan masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan yang harmoni.

Bagi pelancong yang hadir ke Malaysia mereka tidak hanya tertarik dengan keunikan budaya Malaysia bahkan mereka juga jatuh cinta dengan makanan yang ada disini.

Salah satu yang sering mendapat tempat di hati mereka tentu sahaja Nasi Lemak, Teh Tarik, Roti Canai serta banyak lagi.

Mat salleh tunjuk cara buat teh tarik pada keluarga British

Baru-baru ini, seorang lelaki mat salleh yang dikenali sebagai Joshua yang berkahwin dengan seorang wanita, Rachel dari Malaysia tidak ketinggalan untuk memperkenalkan teh tarik kepada ibu bapanya yang berada di Doncaster, United Kingdom.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Expats Club Kuala Lumpur di TikTok, awalnya kelihatan Joshua telah menyediakan beberapa bahan yang diperlukan untuk membuat teh tarik berkenaan.

Antara bahan yang diperlukan tentunya serbuk teh, susu pekat manis, cawan untuk bancuhan dan air panas.

Dalam video itu kedengaran Rachel, turut memberikannya arahan kepada Joshua seperti berapa banyak serbuk yang perlu diletak dan sebagainya.

Malah apa yang lebih menarik perhatian, mereka turut membuat teh tersebut menggunakan barangan yang dibawa dari Malaysia seperti serbuk teh jenama Boh dan juga susu pekat manis dari Gold Coin.

Namun Joshua membuatkan isterinya sedikit terkejut apabila dia menuang terlalu banyak susu pekat ke dalam bancuhan teh berkenaan. Ini kerana ia akan membuatkan teh tarik tersebut terlalu manis.

Siap letak dalam jug untuk tarik tinggi bagi menghasilkan buih banyak

Sebaik selesai membuat bancuhan, Joshua turut memasukkannya ke dalam jug untuk membuat buih pada teh tarik.

Kedengaran si isteri memaklumkan kepada Joshua teh yang dituang dari jug ke dalam cawan perlu ditarik tinggi agar ia menghasilkan buih yang lebih banyak.

“Menunjukkan kepada keluarga British bagaimana teh tarik dibuat,” ujarnya.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan oleh pasangan itu, mereka turut menunjukkan kehidupan di Malaysia memandangkan mereka tinggal di negara ini.

Ramai teruja siap bagi tips dan resepi lain buat teh tarik lebih sedap

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat perkara itu malah mereka juga turut berkongsi beberapa tips dan resepi lain untuk menjadikan teh tarik lebih sedap.

Ada yang meminta mereka untuk meletakkan sedikit halia agar ia dapat memberikan rasa yang sedikit pedas.

Tidak kurang juga ada yang terhibur melihat gelagat Joshua yang meletakkan susu pekat terlalu banyak dan memintanya untuk mengurangkan kuantiti bahan terbabit.

Ada juga yang mengatakan teh tarik lebih sedap jika ia dimasak terlebih dahulu di atas api dan meletakkan secubit garam untuk memberikan rasa lemak.

“Untuk teh yang sedap mereka kebiasaannya menggunakan tiga jenis serbuk teh yang berbeza”

“Abang, itu terlalu banyak susu pekat untuk secawan teh. Jika awak menggunakan susu sebanyak itu, ia sepatutnya menjadi teh ais. Letakkan ke dalam cawan yang dipenuhi ais”

“Teh tarik is the best”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.