
Influencer Non-Muslim Belanja Kanak-kanak Beli Makanan Di Bazar Ramadan Raih Pujian [Video]
Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai David memaklumkan ketika kecil dia tidak pernah merasai orang membelanjanya dan tidak mahu kanak-kanak lain merasakan perkara sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Melakukan kebaikan merupakan perkara yang dituntut oleh semua agama malah ia juga boleh menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Tidak kiralah kaya atau miskin, kebaikan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan pernah merugikan mana-mana pihak sebaliknya akan diberikan ganjaran pahala oleh Tuhan.
Tambahan pula di bulan Ramadan ini ramai yang turut berlumba-lumba melakukan kebaikan termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.
Lelaki kongsi rezeki dengan kanak-kanak ketika berada di bazar Ramadan
Baru-baru ini, seorang influencer yang sering membuat konten jenaka dan parodi di TikTok iaitu The Davids telah berkongsi rezekinya bersama kanak-kanak yang berada di bazar Ramadan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh David di TikTok, dia memaklumkan pada tahun sebelum ini dia telah berkunjung ke bazar Ramadan dan berbelanja sebanyak RM50.
Beli apa sahaja makanan yang diinginkan oleh kanak-kanak dijumpai
Namun pada tahun ini, dia ingin berkongsi rezeki dengan membelanjakan apa sahaja makanan yang disukai oleh kanak-kanak yang dijumpainya di bazar terbabit.
Dalam video berkenaan, awalnya David telah berjumpa dengan dua orang kanak-kanak yang memaklumkan mereka ingin membeli apam balik.
Tidak menyoal banyak David lantas membawa mereka ke gerai yang menjual apam balik untuk dibeli dan diberikan kepada kanak-kanak itu.
Turut berpuasa bersama dengan masyarakat beragama Islam
Ketika bertemu dengan kanak-kanak yang kedua, David turut memaklumkan dia juga berpuasa selepas budak lelaki itu memaklumkan dia berpuasa penuh pada hari tersebut.
Ibu bapa kanak-kanak itu turut memuji David kerana berpuasa dengan menunjukkan tanda ibu jari (thumbs up) kepadanya.
Perkara sama turut dilakukan oleh David kepada beberapa orang lagi kanak-kanak dengan membeli makanan yang disukai oleh mereka.
Sepanjang melakukan aktiviti murni itu, David turut diikuti oleh seorang rakan yang kemudiannya bertanya kepadanya mengapa dia ingin berbelanja untuk kanak-kanak di bazar tersebut.
Kongsi rezeki kerana tak pernah rasa orang belanja ketika kecil, David juga seorang anak yatim
David secara bersahaja memaklumkan berbuat demikian kerana dia juga seorang anak yatim dan ketika kecil tiada sesiapa yang ingin membelanjanya. Oleh itu, dengan rezeki yang ada dia bertindak untuk membelanjakan sedikit wang untuk kanak-kanak berkenaan.
“Senang cerita bang saya sebenarnya anak yatim, saya tiada ayah. Jadi ibu saya yang besarkan.
“Bila saya kecil macam ni kan, saya tengok tiada orang belanja saya. Jadi sekarang saya ada lebihan (rezeki) bukan lebih sangatlah, sikit. Sikit tu yang saya belanja.
“Kita kongsi sikit, jadi apa orang kata. Apa yang saya tak dapat masa kecil, biar dia orang rasa. Biar mereka rasa jadi kita enjoy,” ujar David.
@thedavids21 Bila Kita Pergi Bazaar Ramadhan❤️ GOTHROUGH SAJALAH🔥 #fyp #fypシ #fyfyfyfy #fypmalaysia #lawak #lawakmalaysia #Ramadhan #ramadan
♬ Chill Vibes – Adriel
Ramai tersentuh dan bangga dengan tindakan David
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak sebaik mendengar luahan David yang memaklumkan dia adalah anak yatim.
Bukan hanya itu, ramai juga yang memuji sikap baik David dengan membelanjakan sedikit wang miliknya kepada kanak-kanak sewaktu berkunjung ke bazar Ramadan.
Malah ramai juga yang mengajak David untuk berkunjung ke rumah mereka apabila tiba Hari Raya nanti.
“Mula-mula aku happy tengok. Bila keluar ayat ‘sebab saya anak yatim’. Nangis aku ya Allah, sebab aku pun anak yatim piatu”

“Nanti awak boleh datang beraya rumah keluarga saya dekat Kuala Pilah. Saya suka konten awak.”

“Terharu saya, budak-budak salam cium tangan”

“Awak kenapa buat kita nangis. Kitanya hati manja ada taman, saya doakan awak sentiasa dimurahkan rezeki tau”
