fbpx
Now Reading
Lelaki Nampak ‘Lembaga Hitam’ Bergerak Atas Jalan Pukul 5 Pagi, Sekali Datang Dekat Rupanya… [Video]

Lelaki Nampak ‘Lembaga Hitam’ Bergerak Atas Jalan Pukul 5 Pagi, Sekali Datang Dekat Rupanya… [Video]

Makin bertambah seram, lelaki itu yang merakam objek terbabit turut melihatnya seakan tidak menjejakkan kaki ke tanah, sebaliknya bergerak-gerak dalam keadaan terapung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Ada di antara kita yang mempercayai tiada hantu ketika bulan puasa memandangkan sejak kecil sering mendengar ungkapan bahawa syaitan ‘diikat’ setiap kali tibanya Ramadan.

Meskipun mempercayainya, masih ada individu yang tetap berasa takut diganggu oleh makhluk halus terutamanya ketika berada di kawasan yang gelap dan sunyi.

Dalam keadaan takut, boleh jadi apa sahaja yang dilihat di depan mata pasti akan terfikir itu mungkin penampakan hantu.

Lelaki meremang, nampak kelibat atas jalan raya pukul 5 pagi

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki menjadi seram selepas ternampak satu objek yang bergerak-gerak di atas jalan raya sekitar pukul 5 pagi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@pakngahserol_bobais), kelibat terbabit dilihatnya ketika dia ingin keluar bekerja pada waktu itu.

“Tak akan toyol bula-bulan puasa ni, berdurau juga darah masa ini,” kata lelaki itu.

Tak akan toyol terapung di udara?

Makin bertambah seram, lelaki itu yang merakam objek terbabit turut melihatnya seakan tidak menjejakkan kaki ke tanah, sebaliknya bergerak-gerak dalam keadaan terapung.

Tidak mahu terus berteka-teki, dia bertindak menghampiri kelibat berkenaan untuk mengetahui objek apakah sebenarnya itu.

“Aku pusing kereta ke arah lembaga tersebut, sepatutnya aku belok kiri, kali ini tak, aku nak tinjau ‘lembaga’ itu,” katanya lagi.

Belon Baby Shark rupanya

Dia kemudiannya memandu kereta menghampiri objek tersebut dan akhirnya mengetahui bahawa ia bukanlah sesuatu yang mistik.

Ternyata kelibat yang bergerak-gerak di atas jalan raya itu hanyalah belon Baby Shark yang diisi gas helium dipercayai milik seorang kanak-kanak yang terlepas memegangnya.

Berkemungkinan gas di dalam belon tersebut telahpun berkurangan menyebabkan ia tidak dapat terbang dengan tinggi lagi dan hanya terapung-apung di tengah-tengah jalan raya.

Ramai rasa seram awal-awal ingatkan hantu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengakui mereka pada awalnya turut berasa takut melihat kelibat misteri itu.

Namun perasaan itu hilang setelah mengetahui ia sebenarnya hanyalah balon Baby Shark yang berada di tengah jalan.

Tidak kurang juga netizen yang berkongsi pengalaman pernah nyaris histeria kerana menyangka belon sebegini sebagai hantu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.