
“Otak Mana Otak?” – Treler Tak Lepas Masuk Simpang Gara-gara Kereta Parkir Tepi Jalan [Video]
Difahamkan, disebabkan kereta itu parkir di tepi jalan, pemandu treler berkenaan terpaksa mengalah dengan mengundur keluar dari persimpangan jalan itu dan melalui laluan lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memakir kenderaan secara haram di tepi jalan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Mana tidaknya, tindakan sedemikian pasti menyusahkan pemandu-pemandu lain kerana jalan yang ingin dilalui akan menjadi sempit.
Lebih teruk lagi sehingga menghalang kenderaan-kenderaan berat seperti lori atau bas yang perlu melalui laluan itu.
Baca Artikel Berkaitan: Bas Perantara MRT Tersekat Gara-Gara Ramai Pemandu Parkir Kereta Secara Haram Di Bahu Jalan [Video]
Treler sangkut di simpang kerana kereta diparkir tepi jalan
Meskipun sudah banyak pendedahan mengenai perkara berkenaan, tetapi masih ada segelintir pemandu yang bersikap sedemikian sehingga hari ini.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan treler dipandu seorang lelaki tersekat gara-gara sebuah kereta jenis Mazda CX-30 parkir di tepi jalan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemandu treler itu sendiri di akaun TikTok miliknya (@rizwinsyahputra82), pemandu Mazda itu memakir keretanya secara haram berdekatan simpang sebuah jalan di Klang.
Susulan itu, kenderaan berat terbabit tidak lepas ketika ingin memasuki simpang berkenaan kerana ruang yang sempit.
Pemandu treler terpaksa turun fikir macam mana ingin lepas
Dalam video sama, kelihatan lelaki itu juga terpaksa keluar daripada treler terbabit untuk melihat dan memikirkan cara agar ia dapat melepasinya.
Jelas, ia amat sukar untuk lelaki tersebut dapat memasuki simpang terbabit dan seolah-olah tiada apa yang dapat dilakukannya melainkan pemandu Mazda berkenaan tampil mengalihkan keretanya.
Difahamkan, pemandu itu terpaksa mengalah dengan mengundur keluar dari persimpangan jalan itu dan melalui laluan lain.
Netizen pakat kecam pemandu parkir tepi jalan hingga menyusahkan orang lain
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Mazda terbabit kerana memakir kenderaannya sesuka hati sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Tidak hanya itu, kebanyakan warga TikTok juga meminta lelaki terbabit untuk membuat aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara dalam talian agar pemandu kereta berkenaan dikenakan tindakan.
Ada juga yang mencadangkan lelaki itu untuk meneruskan sahaja perjalanannya tanpa perlu memperdulikan Mazda tersebut.



