fbpx
Now Reading
Pelanggan Pelik, Vietnamese Roll Dibeli Di Bazar Ramadan Liat & Sukar Dimakan [Video]

Pelanggan Pelik, Vietnamese Roll Dibeli Di Bazar Ramadan Liat & Sukar Dimakan [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan Vietnamese roll itu langsung tidak terburai apabila pelanggan cuba mengoyakkannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali tibanya bulan puasa, antara perkara yang turut dinantikan oleh orang ramai tentunya bazar Ramadan.

Malah bazar Ramadan ini bukan sahaja meriah kerana dikunjungi orang ramai sebaliknya ia juga turut menjual pelbagai jenis makanan dari makanan utama sehinggalah ke pencuci mulut.

Namun tak dinafikan dalam kemeriahan bazar Ramadan itu, ada juga peniaga yang tidak menjalankan perniagaan mereka dengan jujur apabila menjual makanan tidak berkualiti, basi, kotor dan sebagainya kepada pelangggan.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan pelanggan kecewa serta berang dengan sikap acuh tidak acuh peniaga dalam menjaga produk makanan mereka.

Pelanggan pelik Vietnamese roll dibeli dari bazar Ramadan liat

Baru-baru ini, seorang lelaki turut berdepan dengan perkara sama apabila makanan yang dibeli di bazar Ramadan sukar untuk dimakan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sufyan di TikTok, kelihatan dia telah membeli Vietnamese roll sewaktu berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah.

Namun sebaik sahaja dibawa pulang ke rumah dan ingin dijamah dia kemudian menyedari Vietnamese roll itu terlalu liat seperti tidak boleh dimakan.

Malah turut kelihatan Sufyan cuba untuk mengoyakkan makanan yang diperbuat daripada kertas beras (rice paper) namun ia tidak berjaya.

Liat seperti plastik dan sukar dimakan

Menerusi video terbabit kelihatan Sufyan dipercayai membeli Vietnamese roll daging dan isi di dalam makanan itu juga dilihat seperti plastik.

Dalam video juga kedengaran si isteri memaklumkan makanan itu berharga RM4 untuk satu roll.

“Banyak keras Vietnamese roll ni. ‘Inti sikit, keras, satu RM4’.

“Nak gigit macam mana ni guys, haa liat betul hmm. Plastik ke apa ni. Bisa,” kata Sufyan dan isterinya.

Di ruangan kapsyen dia turut menyifatkan dia terpaksa bersabar dengan makanan yang dibeli di bazar berkenaan.

Ramai tak puas hati lihat makanan dibeli tak berkualiti

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa tidak puas hati melihat makanan liat yang dibeli oleh Sufyan di bazar Ramadan berkenaan.

Malah ada yang mendakwa makanan itu berkemungkinan sudah lama dan dijual semula kerana tidak habis.

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan Sufyan membeli Vietnamese roll hiasan yang diletakkan oleh peniaga sebagai contoh kepada pelanggan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan makanan itu perlu direndam terlebih dahulu untuk menjadikan ia lembut semula.

“Vietnamese roll display je ni”
“Saya kalau kuih tak habis saya sedekah je dekat orang lalu lalang. Rugi tak apa dari membazir, tak berani nak jual”
“Hanya bulan puasa akan jumpa kuih-kuih unik”
“Saya sebagai peniaga Vietnamese roll. Vietnam roll tu dah lama ya mungkin yang sisa tak habis dia simpan dalam peti ais dan jual balik.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.