fbpx

‘Fashion Show’ Dipercayai Kempen Elak Bazir Makanan Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah baju yang digayakan oleh model berkenaan penuh dengan makanan antaranya seperti kuih-muih, nasi kerabu dan mee goreng.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bila sebut tentang pertunjukan fesyen atau fashion show, pasti sudah terbayang baju cantik yang digayakan oleh model hasil rekaan pereka fesyen.

Kebiasaannya, pertunjukan tersebut akan diadakan di lokasi yang menarik dan ‘grand’ antaranya seperti pusat beli belah atau hotel terkemuka.

Jemputannya pula sudah pastilah terdiri daripada kalangan selebriti atau Key Opinion Leader (KOL) yang memberi pengaruh kuat dalam industri berkenaan.

Namun, pernahkah anda terbayang pertunjukan fesyen diadakan di bazar Ramadan?

Model Gayakan Baju Penuh Dengan Makanan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video tiga orang model terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita melakukan aksi ‘catwalk’ di Bazar Ramadan Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @anistaqwa, kelihatan tiga orang model berkenaan berjalan di atas karpet merah sambil memegang kertas berwarna hitam dan diiringi dengan paluan kompang.

Apa yang menjadi perhatian adalah baju yang digayakan penuh denga makanan antaranya seperti kuih-muih, nasi kerabu dan mee goreng.

Model Pegang Kertas Siap Dengan Mesej

Malah, kertas berwarna hitam yang dipegang oleh kesemua model berkenaan seolah-olah seperti menyampaikan mesej kepada pengunjung di bazar tersebut.

Manakan tidak, antara perkataan yang terdapat di kertas berwarna hitam itu adalah seperti adalah ‘#bazirRamadan’, ‘bazir’ dan ‘buang pesen membazir’.

Difahamkan, pertunjukan fesyen itu dipercayai sebuah kempen bagi mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan pembaziran.

“Jangan membazir, membelilah berpada-pada ye semua,” tulis pengguna berkenaan di ruangan kapsyen.

Tonton video penuh [DI SINI]

Video pertunjukan fesyen itu turut dikongsikan oleh pengguna lain di bazar Ramadan yang berbeza seperti Bazar Ramadan Pantai Dalam.

@marlinakad

Bro orait tak tu? Memang ada hari kita rasa macam sampah❤️‍🩹 #fyp #bazar #bazarramadan #bazir

♬ Ku Seru – Misha Omar
@marlinakad

Membalas kepada @missburgerbiru Memasing toleh ngan rekoddd 🥹 Terkejut tetiba ada catwalk kat bazar 🤩 #fyp #bazirramadan #bazir #bazar

♬ MCM NAK KURUS – LeonzeayNet

Pertunjukan Fesyen Undang Pelbagai Reaksi

Perkongsian yang telah mendapat lebih 227,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing memberi pendapat sendiri apabila melihat tiga model berkenaan ‘catwalk’ di bazar Ramadan.

Ada yang memuji kempen sebegitu sebagai cara untuk mengingatkan orang ramai daripada membazir.

Namun, ada juga yang mempersoal tindakan sebegitu kerana bagi mereka seolah-olah mempermainkan makanan dan ia juga dilihat boleh menganggu rezeki peniaga yang lain.

Pun begitu, kami percaya ‘makanan’ yang digunakan hanyalah sekadar plastik iaitu makanan palsu yang selalu digunakan sebagai display.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Bulan Puasa Banyak Sangat Pembaziran Berlaku, Terlalu Banyak”

“Makanan Korang Boleh Buat Main-Main”

“Apa Tujuan Buat Macam Tu? Ada Beri Keuntungan Kepada Peniaga?”

“Tak Baik Tahu Buat Baju Dengan Seluar Makanan Tu”

“Betul, Saya Pernah Buat Kajian Berkenaan Sisa Makanan, Memang Bulan Ramadan Paling Tinggi Berbanding Bulan Lain”

“Mula-Mula Aku Macam ‘Motif’, Sentap Sebab Akulah Yang Suka Membazir”

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 2 Beradik Berusia 2 & 4 Tahun Maut Selepas Makan Sisa Makanan Tercemar Dalam Tong Sampah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.