fbpx
Now Reading
Gelagat Jemaah Siap Buat Urutan Bahu Sebagai Regangan Sewaktu Tarawih Raih Perhatian [Video]

Gelagat Jemaah Siap Buat Urutan Bahu Sebagai Regangan Sewaktu Tarawih Raih Perhatian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, aktiviti regangan dengan mengurut bahu antara satu sama lain dilakukan oleh para jemaah turut disertai kanak-kanak, remaja dan ramai lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Apabila tibanya bulan Ramadan antara perkara yang sering dinantikan oleh umat Islam tentunya solat sunat tarawih secara berseorangan mahupun berjemaah.

Ini kerana ibadah sunat ini hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan sahaja, malah setiap hari kelihatan ramai umat Islam akan memenuhi masjid untuk berjemaah melakukan tarawih.

Dalam melakukan ibadah sunat ini, ada segelintir masjid melakukan sebanyak 8 rakaat, 10 rakaat dan ada juga 20 rakaat. Namun buat para jemaah, ia bergantung kepada kemampuan masing-masing sejauh mana mereka dapat mengikutinya.

Jemaah masjid jadi perhatian

Baru-baru ini, sebuah masjid telah menarik perhatian ramai apabila melihat kemesraan yang terjalin di antara para jemaahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Hafif Bukhari, awalnya kelihatan Masjid Al-Azim di Semarak, Nilai, Negeri Sembilan itu dipenuhi dengan para jemaah lelaki dan perempuan yang hadir dipercayai untuk menunaikan solat tarawih bersama-sama.

Malah para jemaah itu terdiri daripada pelbagai umur apabila ada warga emas, dewasa dan juga kanak-kanak yang memeriahkan suasana tarawih di surau berkenaan.

Kelihatan gembira ketika buat aktiviti regangan sewaktu tarawih

Dalam video itu kelihatan para jemaah seperti sedang berehat, mereka kemudian dipercayai telah diminta untuk membuat aktiviti regangan antara satu sama lain.

Yelah solat sunat tarawih ini juga salah satu senaman ringan untuk kita semua kerana pergerakan rukuk, sujud, berdiri beberapa kali.

Namun adakalanya sedikit aktiviti regangan dapat mengembalikan kecergasan jemaah dalam beribadah dengan ceria.

Dalam video terbabit kelihatan semua jemaah diminta untuk mengurut bahu antara satu sama lain dan mereka begitu gembira melakukan aktiviti terbabit.

Bukan hanya itu sebaik selesai mengurut bahu orang di hadapan mereka kemudian diminta berpusing untuk melakukan perkara sama kepada jemaah yang berada di belakang.

Apa yang menarik kelihatan pelbagai ragam, ada yang mengurut bahu, ada yang memberi tumbukan lembut, ada yang menggunakan teknik ‘karate’ dan semua itu untuk mengembalikan mood ceria masing-masing selepas seharian berpuasa dan melakukan tarawih.

“Pejuang 8 (rakaat) lega badan, pejuang 20 (rakaat) lega jiwa,” tulis Hafif di dalam ruangan kapsyen.

Ramai yang suka lihat jemaah begitu gembira

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat hubungan mesra di antara jemaah berkenaan.

Malah ada yang mengatakan aktiviti seperti itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara jemaah.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah idea yang bagus dan boleh dicontohi oleh masjid atau surau lain.

“Saya gembira lihat video ini, muka gembira dan tersenyum seperti di Jannah”

“Penuh dengan senyuman”

“Comel-comelnya ahli syurga. Saya tengok video ni. Dah lapan tahun tak merasa pergi tarawih dekat masjid. Asyik ada anak kecil je, mampu buat dekat rumah je”

“The real tarawih, tarawih maksudnya berehat sebab batas waktunya yang panjang dan boleh berehat di antaranya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.