fbpx
Now Reading
Imam Di AS Curi Tumpuan, Ajak Jemaah Buat Push-Up Selepas Solat Tarawih [Video]

Imam Di AS Curi Tumpuan, Ajak Jemaah Buat Push-Up Selepas Solat Tarawih [Video]

Menerusi video berkenaan, turut kedengaran imam di sebuah pusat komuniti Islam di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat berkenaan mengajak para jemaah untuk membuat 40 lagi tekan tubi selepas berehat beberapa ketika.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Apabila tiba bulan Ramadan, semua umat Islam diwajibkan untuk berpuasa namun ia haruslah mengikut syarat yang sah seperti sudah baligh, waras, tidak memasukkan sebarang objek ke dalam rongga badan serta banyak lagi.

Ramai yang menyangkakan apabila Ramadan banyak aktiviti kecergasan tidak dapat dilakukan atas faktor puasa, perut kosong, tidak bertenanga kerana perut yang kosong.

Namun sebenarnya, bulan puasa tidak menghalang seseorang itu untuk bersenam atau melakukan aktiviti riadah seperti biasa. Malah ia lebih baik kerana dapat memberikan kecerdasan minda dan fizikal.

Bukan hanya itu, mereka yang berpuasa juga boleh memilih mana-mana waktu yang bersesuaian untuk melakukan senaman sebagai contoh satu jam sebelum berbuka atau selepas berbuka.

Jemaah di Amerika Syarikat buat tekan tubi selepas tarawih

Baru-baru ini, sebuah masjid di Amerika Syarikat turut tidak melepaskan peluang untuk meminta para jemaah yang hadir untuk tarawih melakukan aktiviti kecergasan sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Islamic Society of Baltimore, Amerika Syarikat, kelihatan seorang imam berada dalam posisi meniarap untuk melakukan tekan tubi.

Malah dia turut meminta jemaah lain untuk melakukan perkara itu bersama-sama dengannya.

Buat tekan tubi bersama-sama sambil berzikir

Apa yang lebih menarik para jemaah dilihat begitu semangat melakukan tekan tubi atau push-up tersebut dan mereka terdiri daripada pelbagai kategori umur.

Bukan hanya itu, selepas membuat tekan tubi mereka kemudian bangun untuk berehat serta imam meminta untuk berzikir.

Sebaik habis berzikir, imam kemudian meminta para jemaah untuk membuat tekan tubi sekali lagi.

“Dia meminta orang ramai untuk berzikir ketika berehat dan memberikan jumlah lain untuk melakukan tekan tubi lagi,” ujarnya.

Imam dilihat begitu cergas siap ajak buat 40 tekan tubi lagi

Malah kelihatan segelintir jemaah yang tidak mampu akan bangun dan berlalu pergi.

Turut kedengaran dia meminta para jemaah membuat sebanyak 40 tekan tubi lagi. Namun imam itu masih dilihat gagah dan melakukan perkara itu bersama-sama jemaah lain.

Ada yang dilihat seperti sudah tidak mampu lagi, namun melakukannya secara perlahan-lahan. Berbeza dengan imam tersebut dia masih melakukannya dengan konsisten.

Ramai puji aktiviti cergas dilakukan imam berkenaan

Melihat di ruangan komen ramai yang teruja dengan perkara itu dengan mengatakan ia memberi manfaat yang baik kepada jemaah kerana ia bukan sekadar untuk mengisi kerohanian tetapi memantapkan fizikal.

Ada juga memuji imam tersebut mempunyai daya fizikal yang kuat kerana mampu bertahan dan melakukan tekan tubi dengan santai manakala jemaah lain dilihat sudah penat.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan imam di kawasan mereka tidak dapat melakukan perkara tersebut kerana faktor kesihatan.

Ada juga mengatakan imam tersebut cuba menghalang jemaah daripada membeli moreh seperti air kopi dan sebagainya yang selalu dilakukan orang ramai selepas tarawih.

“Dia sangat betul, masjid sepatutnya menjadi tempat untuk komuniti melakukan aktiviti sihat. Badan kita adalah amanah yang perlu dijaga”

“Esok pula akan jadi hari kaki (senaman untuk menguatkan kaki)”

“20 rakaat hanya senaman panaskan badan”

“Ini adalah bagus, ia adalah perkara yang menarik untuk memastikan semua komuniti sihat”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.